Showing posts with label Mek & Ayoh. Show all posts
Showing posts with label Mek & Ayoh. Show all posts

Thursday, 25 April 2013

Semalam Genap 9 tahun

macam biase setiap tahun semenjak tarikh 24.04.2004, saya tak kan lupa tarikh ini.

semalam, genap 9 tahun, arwah Hajjah Juhar meninggalkan kami sekeluarga. macam biasa juga, bau wangi harum dan setiap memori masih mekara dalam ingatan saya.

*lap air mata*

dan saya pasti, dia tahu dia dah ade seorang cicit baru dan nama Siti Khadijah.

Ya Allah, kau tempatkanlah arwah Mek ditempat yang indah seindah hatinya yang bersih dan juga bersama mereka yang beriman. Ampunilah segala dosanya. Amiin.




Tuesday, 26 July 2011

Al-Fatihah untuk Arwah Ayoh Haji Manaf untuk tahun ke-2

al-fatihah


Sunday, 24 April 2011

Memory of Hajjah Juhar 7th

Al-Fatihah

Genap sudah 7 tahun berlalu.
ketika Hari Raya Puasa 2010

Last night while preparing myself to sleep, suddenly heard a beep.. ringing beep.. and its repeated. My hubby looking for that sound. I told him that was my handphone. But, he refused and keep on looking that sound. Finally, he found that beep came from my second handphone (well ya not get wrong, im not so rich in having 2 phones ya).

Then my hubby read up "Tahun ke 6 Mek".

I said "Ha? Dah pukol 12 ke? hari dah 24 April dah?"

My hubby just show a "Yes" signal

Then I replied "Cepatnye. Tapi bukan 6 tahun. Dan masuk 7 tahun. Salah set tu"

Return to get my sleep back. Then my heart speak up.
"Its already past 7 years. But, Im still remember her like non-stop. And Im proud being that way. This is love"

Then I started to make a doa
"Ya Allah Ya Tuhan ku berkatilah Mek disisi-Mu. Tempatkan bersama orang-orang yang beriman yang kau kasihi. Ya Allah sampaikanlah salam rindu ku pada nya. Dan bila tiba masa ku dijemput oleh Mu, biarlah dia yang jadi penyambutku. Aminn"


Notes : Alon rindu sangat-sangat kat Mek. Tak pernah tak rindu. Makin lama rasa makin dekat. Love u.


Saturday, 24 April 2010

inilah Chenta hati saya #2

Al-Fatihah..

Genap 6 tahun sudah berlalu..

sekitar 1998


*Imbas Kenangan
Enam tahun lepas pukol 11 malam lebih.. aku berada disisinya memegang tangan.. sambil mengucap Dua Kalimah Syahadatt tanpa putus dan berulang2.. biilik belakang dirumah kami penuh dengan sanak saudara..jauh dekat semuanya ada.. Ustaz Mat dan isterinya (arwah Mokcik) tekun membaca al-Quran senada dan serentak..lantang sekali..tanpa henti..

Dan pada hari ini, ingatan, kasih dan rindu masih segar dan sama. Tidak berganjak walau sedikit pon. Chenta hati saya tetap nombor satu dihati. Tiada ganti untuk selamanya.

Dan saya amat bersykur sekali, kebelakangan ini saya tersedar.. betapa saya jarang sekali memberi hadiah kepada chenta hati saya ini dek kerana saya sebok merindui orang lain yang sikit pon tak menghiraukan diri saya. Oleh itu,saya kuatkan semangat..saya cuba bangkit. Setiap hari saya pasti "menghadiahkan" sesuatu buat chenta saya. Terbayangkan saja senyumannya sudah cukop buat saya tersenyum..bukankah indah begitu..merindui orang yang menyayangi kita. Semakin lama kemanisan itu semakin mendalam.

Along harap Mek tak merajuk ngan along.. maafkan along kerna sebok mengejar cinta lain hingga terlupa akan chenta hati.. alpa barangkali..

Mek, along sekarang sudah besar..dewasa..tidak lagi macam dulu.. syukur alhamdulillah..



ucapan : Promise !!! I will make u proud as u wish before !!


Friday, 14 August 2009

Ayoh Dalam Kenangan !! [Episod 1]


Tanggal 26 Julai 2009. Hari Ahad. Jam lebih kurang 6.30 petang. Datuk kesayangan saya, Haji Abdul Manaf bin Awang Kechik telah selamat kembali ke rahmatullah.

Al-Fatihah..


notatangan : alon rindu ayoh..


Thursday, 16 July 2009

berkhemah di Hospital Pakar Perdana

Ayoh suka bergambar... sehari selepas pembedahan


sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita. ade yang baik ade juga yang buruk. ada yang tersurat juga lagi tersirat.

ahad lepas kami dikejutkan dengan panggilan yang mengatakan Ayoh kurang sehat. sudah pon dimasukkan ke hospital. tulang punggung patah akibat jatuh 2 minggu lepas. jadi harus dibedah segera. tulang patah harus ditukar dengan tulang besi sebagai ganti. ayoh sudah tak boleh jalan lagi.

aku terkejut. tapi riak itu aku selindungkan. air mata juga sempat aku seka. begitu lah aku yang keras kepala. kata Mek, aku ini sama ikot perangai Ayoh. kan Mek??

jadi aku terus kemaskan barang. bersedia untuk pulang ke kampung bersama Mokni (mak sedara). mama juga pulang sama. hampir 1 pagi sampai di Kota Bharu. kami terus ke hospital. dek kerana hospital bukan kerajaan,kami dibenarkan masuk tanpa had waktu. kami tersu menuju ke tingkat 4. bilik 454. aku terus masuk. kelihatan Ayah Ek (pakcik) ada disitu. aku terus hampiri Ayoh. dah tido rumah. macam biase la. kalu tido pasti diselimutkan semua muka. aku diam saja. 10minit kemudian,Ayoh tersedar. dia senyum saja. aku terus salam cium tangan nyer yang semakin berkedut tuh.

....Oleh kerana tulang besi yang di order tuh belom sampai lagi. pembedahan ditunda ke hari selasa. jadi sepanjang hari isnin aku menjga Ayoh dihospital bersama Mokni. sian Ayoh, makan pon tak lalu sangat. agaknya risau pasal pembedahan la tuh.

....Pagi Selasa, 14 Julai 2009, kami semua bangun awal. bersiap ke untuk berkhemah disana. sempat kami belikan kuih kegemaran Ayoh. kuih gulong (ketayap). sampai saja kat sana, aku tengok Ayoh dah siap dipakai baju khas untuk ke dewan bedah. dia diam saja. aku sempat snap gambar juga videokan saat2 tu. bila nurse datang nak amek Ayoh,kami semua turut ikot same hantar Ayoh ke dewan bedah. kami tunggu diluar dan seterusnya ke bilik 454. kemudian bergilir baca surah Yassin. Mak Long mulakan dulu. kemudian Mama. Then aku dan Mokni.

pembedahan yang sepatutnya 2jam berlarutan ke 3jam lebih. kol 12 setengah hari. Ayoh dihantar ke bilik 454 kembali. Ayoh masih mamai. ubat bius tak habes lagi. melalui laporan dari doktor,semuanya selamat. Alhamdulillad. syukur pada Tuhan Yang Maha Kuasa.

Ayoh tak dibenarkan bergerak selama 6 jam selepas pembedahan. sian Ayoh. aku dapat rasekan betapa boring nyer Ayoh bile dia tersedar nanti. yer la, Ayoh tu bukan nya reti dok diam. lewat meniti senja Ayoh tersedar. tanya makan pon dia tak mau. nak minum air je katenya. terus aku dapatkan air kosong dan straw untuk mudahkan Ayoh minum.


Ustaz Haji Mat,kawan baik Ayoh sedang bacakan doa sejurus saje selesai pembedahan


..... semalam, hari rabu,aku dah kena pulang ke kolumpo. tuntutan hidop. jadi harus kerja. kena kerja. berat hati mahu tinggalkan Ayoh yang masih lagi dalam keadaan begitu. boleh dikatakan stabil tapi tak sepenuhnya. Ayoh tak dibenarkan bangun lagi. harus baring lagi. kaki harus extra jaga lagi. aku janji akan pulang lagi. pasti.

jadi,kami putuskan untuk pulang ke kolumpo after zohor. sebelum pulang aku salam tangan Ayoh. aku bagi tau aku nak balik dah. tapi nati aku akan balik kampong semula tengok dia. Ayoh anggok saja macam biase dan sempat senyum.

doa untuk Ayoh
Ya Allah Ya Tuhan ku, hanya pada-Mu aku bermohon, sesunggohnya aku ini insan yang lemah lagi hina. Ya Allah Ya Tuhan ku,tabahkan lah Ayoh dan kuatkan lah semangat Ayoh untuk hadapi dugaan ini................................................


notatangan : rindu yang amat sangat.


Sunday, 28 June 2009

rindu tahap gaban wehh

sekitar tahun lepas

jalan jalan sama famili di key el


patutnye minggu nih aku balik kampong. dah wat perjanjian itu hari. tapi dek kerana masalah yang tak dapat dielakkan telah mendatang. jadi aku terpaksa kensel. arghhhhhhhhh!!!

sudah lama sangat aku tidak pulang ke tanahair nih. mau pulang. aku amat rindu sama istana aku. rindu sama Ayoh. rindu mau ziarah kubur Mek. rindu sama famili semua. rindu nasi kerabu depan kinik. rindu laksa. rindu goreng pisang. rindu kepok lekor. rindu air nyor tunjong. rindu nasi kat hervor. rindu nasi belauk. rindu solat jemaah ngan Ayoh. rindu bau kampong. rindu yang amat nih wehhhhhhhh.

nak balik. nak balik. huwarghhhhhhhhhh.

tadi mama aku call. eh bukan. dia sms je. dia soh aku call dia balik. haihh. katenya, Ayoh kurang sehat. erkk. lagi buat aku mau balik. mau jugak.

jadi, insyaALLAH next week aku mau balik. mau sangat. sangat.




notatangan : mengenang saat dulu dulu


Sunday, 21 June 2009

selamat hari Ayoh !!

sekitar 2008

hensem kan??
ni gambor ayoh yang diambil sekitar hari raya puasa 2008.

hari ni hari ahad. tapi agak beza sket kan. coz manusia kat bumi ni yang buat undang2 sendiri untuk sambut hari bapa. katenye sebagai memperingati jasa seorang bapa.

sejak aku dok dalam perot mama aku lagi aku dah tinggal serumah ngan atok aku ni. kami semua panggil Ayoh. jadi lame dah kami sebumbung. aku pindah kat umah mama aku. so kami berpisah mase aku tadika. tapi mase darjah 2, aku balik kampong balik. mulanya nak tinggal jap je,coz mase tuh mama aku beranakkan adik bongsu aku. tapi atas permintaan atok aku nih,aku tinggal je kat kampong sampai la aku besar (even masih kecik till now..heeee). mase aku dapat masuk U pon aku kebetulan dapat cawangan kat kampong. aku dok asrama. tapi setiap hari aku akan call umah dan setiap minggu akan balik umah. hahhahaaa.

kenangan terindah. istana itu hanya kami bertiga yang huni nya. Ayoh si atok, Mek si nenek dan Aku si kechik. sungguh indah. sungguh aman. sungguh suci. bahagia semuanya. Ya Allah betapa aku rindukan itu semua. Hanya Tuhan saja yang ngerti.

masa merubah segalanya. O_o

Ayoh seorang yang tegas tapi bukan garang. semua hormat padanya bukan kerana takot tapi kerana segan. dan juga ketua keluarga. seorang yang degil,keras kepala tapi manja. amat diraja oleh isterinya juga anak-anak sehingga ke cucu cicit.

Ayoh seorang "ulat buku". kalu dilihat ditempatnya,mana saja,penuh dengan bahan bacaan. Ayoh sangat gemar membaca kisah para nabi. pernah Ayoh beli buku kisah para nabi yang penuh jilidnya. disuruh kami cucu cucu ini untuk baca semua buku secara bergilir. dan setiap kali aku pulang ke kampong pasti aku akan belikan buku untuk dia. setiap kali dia datang ke kolumpo juga,aku akan bawa dia ke kedai buku. kalu kesempatan kami akan ke jalan tar untuk cari buku yang tulisan jawi. Pustaka Bunus biasanya jadi tempat utama. tapi mase skang ni susah mau cari buku dalam tulisan jawi.

Tak lupe juga,Ayoh amat bijak bermain catur. setakat ini tiada siapa lagi dalam keluarga kami dapat kalahkan Ayoh. aku ingat lagi sepupu aku Joe dan Azim,mengajak Ayoh main catur. kononnya mahu menang,mereka gunakan catur yang disambungkan pada pc yang. Chess game. kononnya mereka lawan Ayoh,padahal Ayoh ngah lawan ngan pc tuh. hahhahahaa. tapi Ayoh tetap juara jugak.

aku dah lame tak pulang kampong. last aku jumpe Ayoh 3 Mei lepas,mase tuh Ayoh datang kolumpo. rindu sangat. rindu. amat rindu.

sekarang Ayoh hadapi masalah pendengaran. dah hampir 17 tahun. tak leh berubat dah. skang pakai alat bantuan pendengaran. tu pon kekadang dia tak dengar. nape???? ini semua sebab aku.

17 tahun lepas,mase tuh aku masih disekolah rendah. setiap malam aku akan pergi mengaji al-quran dirumah Tok Guru. jadi,aku numpang sepupu aku. tiap malam diorang akan datang amek ngan beskal. lepas maghrib. malam tuh hujan lebat sangat. kilat,guroh, ribut sane sini. aku bary siap tajam semua pensel warna. sharpener yang besar berbentuk umah tuh diletak kat meja kije Ayoh. jadi bile selesai,aku dengan bijaknya mahu tepon sepupu aku,mau cakap tak mo g ngaji. Mek kat toilet mase tuh,amek air sembahyang. Ayoh ade kat meja buat kije. talipon umah diletak ditengah2 antara kami. tanap sangsi sket pon,aku terus angkat ganggang tepon. sepantas kilat,seakan bola api meletup depan aku. ganggang tepon jatuh. bau hangit mula keluar. aku separuh tak sedar sebab terkejut. Mek segara tenangkan aku. mase tu Ayoh dah rase bingar yang amat dalam telinga nya. berdengung je katanyer. kemudian, bermula dari itu Ayoh hadapi masalah pendengaran hingga sekarang. kesian Ayoh.

tapi Mek kata,Ayoh dapat balasan Tuhan coz sebelum ni bile Mek bercakap dia selalu buat tak dengar je. hermm.

Selamat Hari Ayoh buat Ayoh !!!



notatangan : rindu sangat.


Sunday, 17 May 2009

Ayoh

awek cun dan Ayoh sekitar 2 mei 2009

huh! korang ingat senang nak snap gambor yang ekperasi begini?? ini adalah gambar yang aku paling suke lehat. tak puas aku mandang. sebab dalam gambor ni Ayoh tersenyum. kalu kebiasaan mane ade nak senyum. tapi Ayoh memang tak pernah ngelak kalu nak amek gambar dia. tapi posing kebiasaan mestilah wajah yang serius. kalu sengih sket pon, katenya nati gambo rosak. hahhaha.

Ayoh dulu penah jadi jurugambar. mase tuh dalam 40tahun lepas. Ayoh jadi freelancer untuk dapat side income for famili. mase dulu amatlah berbeza.

mase nih,aku soh adik aku snap gambo ni. banyak kali gak adik tok tekan. flip! flap!! sampaikan Ayoh cakap "pandai ko dop tuh?? habeh pilem gak". tu yang buat Ayoh tergelak tuh. cute kan??

Arwah Mek cakap aku nih mirip Ayoh. perangai pon same. degil a.k.a kerah peda. hahha!! Yer,kami amatlah saling menyayangi antara satu sama laen. cume sekarang aku dikota mencari rezeki hidop,Ayoh dikampung sana.

amat rindu sangat mau pulang ke sana. tinggal di istana kami. menjaga Ayoh seperti dulu. gadoh seperti dulu. aku amat rindukan semua itu. setiap kali ingat Ayoh,aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal. rindu. Alon sayang Ayoh sangat sangat.




notatangan : hargai mereka yang terSAYANG !!




Friday, 24 April 2009

inilah Chenta hati saya

Al-Fatihah..

5 tahun sudah berlalu.. 24 April 2004

Seperti biase,sedikit pon tak pernah luak dari fikiran aku untuk mengingati chenta hati ini. Semua masih sama,bagaikan terngiang ditelinga. Tersirat dipandangan mata. Kasih indah sentiasa tersemai. Selalu aku baja setiap ketika.

sekitar tahun 2001


Gambar itu diambil kat pintu istana kami. Yer,kami bertiga saja,aku si kecik, Mek penyeri istana dan Ayoh ketua istana.

Inilah chenta hati saya. Pertama juga terakhir. Tiada tandingan, hanya dia dihati. Namanya Hajjah Juhar binti Haji Mamat. Diberi laluan ke dunia pada 8 Ogos 1925. Nama asal Juhariyah binti Mamat. Tapi sengaja dipendekkan oleh suami tercinta ketika membuat pendaftaran. Orangnya sangat cantek. Bagaikan bidadari,tiada bandingan. Kulit puteh gebu. Senyuman tak pernah lekang. Bila bersuara, sunggoh halus,lembut sekali. Setiap kata disusun rapi. Penyejuk hati bagi sape saje yang memandang.Ibu mithali. Isteri yang taat setia. Terlalu manjakan suaminya. Pendengar yang setia. Sahabat yang amanah. Sentiasa menjadi tempat rujukan anak,cucu,cicit mahu pon suami. Amat penyabar. Semua ada pada dia,Mek. Yer,kami panggilnya Mek.

Nampak tak kerusi kaler oren tuh? Disitu lah Mek akan duduk. Banyak dihabeskan masa untuk bersantai juga berehat disitu. Dia akan menunggu kepulangan aku atau Ayoh. Pagi hari,kol 8 pagi, Mek akan duduk kat situ. Dia tahu Ayah Ek, anaknya yang nombor lima akan lalu dengan keta nak ke sekolah. Ayah Ek seorang cikgu. Mek juga akan tunggu kalo kalo Mak Wan lalu,sahabat karib dia. Petang hari juga,dia akan duduk disitu,suka lihat kawan kawan berlalu. Pasti akan ditegur walau sekadar dengan senyuman. Kalo Mek diberitahu,mana-mana anaknya bakal pulang. Pasti akan ditunggu disitu sehingga anaknya tiba.

Dan tiap kali mahu hantar anak,cucu atau cicit pulang, di kerusi oren tu jugak lah, dia akan berikan lambaian.

Mek suka sangat akan bunga melor. Bau harum katenye. Jadi dia ada tanam bunga melor ditepi rumah. Pabila senja,kami akan mengutipnya. Tiba waktu maghrib,bungan melor akan mekar dan berbau harum. Mek suka letak bunga melor kat sanggulnyer. Rambut Mek panjang,hitam pekat,cantek sekali. Selebihnya,dia akan letak bersama kaen telekung sembahyang dan dilipatkan sekali dengan sejadah. Biar wangi,katenyer.





ucapan : Mek,alon rindu sangat ko Mek. Alon sokmo doakan Mek bahagia disana disamping Allah s.w.t. Nantikan alon disana yer. Pasti kita tak kan pisah lagi. I miss u Mek.


Tuesday, 3 February 2009

rindu kekasih hati


ayoh tersayang


mek tersayang


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015