Assalamualaikum.
Kali ini, nak kongsi cara-cara buat Mini Pizza. Senang jer!! Hahhah!! Saya tak pernah buat sebelum ni. Idea ni tercetus, apabila ada jiran saya yang jual Mini Pizza RM10/ 4 keping. Bagi menunjukkan sokongan kepada surirumah yang berbisnes dari rumah. Oleh kerana Dija makan Mini Pizza tersebut dengan begitu berselera, maka mood rajin si ibu pon datang la kan. Hahhah!!
Bahan-bahan untuk Mini Pizza :
Roti Sandwich (saya pakai roti Gardenia)
Prego Puree Tomato
Untuk 'topping' :
Keju (kalau nak pakai keju biasa macam ni pon bole atau yang 'sprinkle' tu pon bole)
Sosej (rebus,tos dan potong bulat-bulat)
Cendawan butang (rebus, tos dan potong)
Bawang besar (potong halus-halus
Jom!!! Kita buat Mini Pizza
Mula-mula sapukan marjerin pada permukaan roti. Kemudian, sapukan Tomato Puree mengikut kemahuan tersendiri, saya suka sapu banyak dan tebal. Setelah itu, letak semua bahan-bahan 'topping' tadi di atas permukaan roti. Untuk 'topping', saya mulakan dengan meletakkan sosej, cendawan, keju, bawang besar dan tambahkan kembali tomato puree tadi. Bagi membakar pizza, saya tak menggunakan oven, hanya pemanggang ajaib sahaja. Hee !!! Jimat dan cepat.
Biasanya, saya akan panaskan terdahulu pemanggang ajaib. Apabila sudah
sedia untuk proses membakar, saya akan perlahankan api dan sapukan
sedikit marjerin pada lantai pemanggang ajaib. Kemudian tutup dan
biarkan selama beberapa minit, biasanya sehingga keju itu cair.
Wah!!! Ada chef kecik membantu la kat dapur. Heee!!! Best kan? Boleh dijadikan salah satu aktiviti memasak bersama anak-anak. Thanks Dija !!
Tattttt Tadaaaaaaaaaaaaaa!!!! Ok yang ni dah siap. Boleh nampak kan, keju nya cair disitu. Nyummeh!!
Selamat mencuba ye.
No comments:
Post a Comment
terima kasih daun keladi :)