Showing posts with label Family & Friends. Show all posts
Showing posts with label Family & Friends. Show all posts

Saturday, 23 July 2011

Al-Fatihah untuk Arwah Tok Che Mat

tiada gambar
kalu ade pon gamba arwah Tok Che Mat ngan suami saye je.
sebelum ni, saye tak berpeluang nak bergambar dengan dia.

tarikh 26 Jun 2011, Ahad, petang.
suami saya mendapat panggilan talipon daripada emak mertua saye, berita mengejut dan sedih disampaikan. kedengaran amat sayu suara suami saya.

lantas lengan saye dipegang "Yang..atok dah tak ade..."
Innalillah' wainna Illaihiraji'un
terus dengan pantas juga kelam kabut, barang semua dikemas.
Cheq dan Chiq pon ikot sama balik kampong.
laju sangat. rase macam naik kapal terbang. kereta yang dipandu oleh suami bagai tak cecah bumi.
sepanjang perjalanan, saya mainkan CD surah Yassin. mulot kami kumat-kamit ikot sama.

jam kurang-lebih 11malam, selamat sampai dikampong rumah atok.
saye hanya bersalam dengan segelinitr orang kerana hati nih tertumpu terus pada jenazah yang terbaring. Masya'Allah, sejuk saja wajahnya, bagaikan sedang rehat. terus surah Yassin dihadiah buat atok.

Arwah Tok Che Mat ini memang menarik orangnya. senyum tak pernah lekang dari bibir tiap kali berjumpa. selepas dia meninggal pon, dia tetap menarik perhatian saya.

Saya sekadar mahu kongsi cerita. Sebelum arwah meninggalkan, dia telah memesan pada anaknya supaya menggunakan sejumlah duit yang disediakan untuk segala urusan pengebumian, hadiah bagi mereka yang solatkan jenazah, hadiah bagi yang bacakan tahlil dan termasuk makan-minum sepanjang tahlil. Masya'Allah, semua itu telah disediakan dari awal lagi. Dan ape yang paling menarik perhatian saya, beliau telah menyediakan sendiri kain kafan untuk dirinya sendiri. Jadi pada hari pengebumiannya, Tok Imam tidak membuat banyak kerja, hanya membuka semua kain yang telah disediakan. Beliau telah bersedia untuk mati. Saya tersenyum. Atok ini memang menarik orangnya.

Masih ingat lagi pesannya kepada saya dan suami..
"buat lah nak buat ape pon tapi solat lima waktu jangan tinggal"

Pesanan tuh same dengan pesanan arwah Mek dan Ayoh..
"kak long, solat limo waktu ni tiye ugamo,jadi jange dok tingga.."

Insyaallah.
Saye amat bersyukur hingga ke hari ini pesanan tuh masih saye ingat dan terngiang-ngiang di telinga.

Al-Fatihah.


Tuesday, 20 July 2010

mok lon (part 2)

Salam.
Al-Fatihah.

Sukar mahu dilelapkan mata. Petang tadi dalam pukol 3 baru je sampai Kolumpo dari kampong. Penat. Rehat yang belom cukop. Esok harus mula kerja balik. Tapi mata belom mahu lelap. Mahu bercerita tapi rase tersekat-sekat.

Begini sajalah, mohon doa kalian yang sudi singgah diblog ini untuk sedekahkan Al-Fatihah buat MokLong saye. dia bagaikan seorang ibu bagi saye. ape tidaknya, arwah selalu cerita, ketika mama mahu melahirkan saye dihospital, MokLong setia menunggu disisi untuk pastikan saye dan mama selamat. Dan sambil dibacakan surah yang sepatutnya. Indah bukan?? Mana mahu dicari lagi pengganti seperti dia.

Pemergian MokLon disabitkan oleh kanser usus perut. Itu hanya dunia. Namun, pemergian dia sudah dijemput oleh Allah swt.

Ahad lepas, petang, mokni tepon saye. Mengatakan MokLon tenat dan kami semua harus pulang. Saya panik bercampur bingung tapi hati ini kalu bole mahu sekelip mata terus berada dikampong. Janji temu bersama Kak Dayah segera dibatalkan. Inform Angah supaya stop berdating dan terus ke rumah mokni. Pack semua keperluan angah ke dalam bag, kemudian baru pakaian saye. Tergerak hati mahu memakai jubah hitam yang biase dipakai ketika berada di Tanah Suci, namun niat dibatalkan, tapi jubah tetap dibawa pulang bersama. Hampir 7petang jumpa mokni di Karak Haiwei, nasib baik ade osmate yang baik hati tolong hantarkan ke sana. Beli sedikit bekalan sebab belom sempat lunch lagi. Terus bertolak ke Kampong Buloh Poh. Ketika itu, MokLon masih lagi berada di ICU, Hospital USM.

Mama tepon mokni around 8.30pm, katenye tak jadi nak buat solat hajat dan bacaan Yassin kat rumah sebab hospital dah call sudah datang. MokLon makin tenat. Saye berdebar. Saye berdoa semuga segala urusan dipermudahkan Allah swt, sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik. Terhangguk-hangguk dalam kereta, mata kurang mahu lelap. 12.45pagi mama call mokni lagi, saye senyap saja, diamkan diri. Habis bercakap, mokni bagi tau, MokLon dah tak de... Innalillahwainnailahirajiun.. *sigh*

Saye tidak nangis. Saye diam. Dan terus diam.
Hanya terngiang perbualan terakhir dengan MokLon sewaktu saye mengurut kakinya..
"Dok Mekkah sedap la bole minum air zam-zam sokmo dop.."
"Ha.. meme kaklon minum sokmo. kaklon tak minum doh air lain tekoh dok denun"
Dan kami berbalas senyum. Itu saja. Saye rindu. Rindu sangat.

ketika diHospital Pakar Perdana

tarikh penting : 19 Julai 2010, Isnin, 12.30pagi telah direkodkan pemergian Hajjah Sabariah binti Haji Abdul Manaf. 


Al-Fatihah.


Sunday, 18 July 2010

Broga Hill !!! Yeahhhhh bebeh !!!

Broga Hill !!! Wehuuuuuuuu !!!

Yup !! Sudah sekian lama saye simpan hasrat mahu ke sana. Sudah banyak kali jugak lah plan tak menjadi. But this, we make it bebeh. Im so happy dan bersyukur sangat2. Sebab??? First, semuanya selamat even kitorang terlepas nak tengok sunrise. Heeeee.Second, I went there with peoples that I love most. My two sisters was here then I make a short plan to go there. Alhamdulillah. I also got a best shot there !!!

bukit orang

gadis disebalik semak

gadis posing sopan

satu..

dua..

tiga..

i love most <3

no words

Terima kasih kepada mereka yang menjayakan salah satu impian saye nih !!! Really appreciate it. Semuga Tuhan saje dapat membalasnye. Memang penat tapi best sangat. 3 hari lepas pulang dari umrah terus pegi daki bukit. Kije giler sebab rehat pon tak habes lagik. Haaaa hahahhah. Tapi kepuasan tuh ade.
Insyaallah nati kite pi for second time untuk lihat sunrise ye. 

 
notatangan : Sile kunci jam untuk bangun awal yek ;p




Saturday, 31 October 2009

tahniah buat Azmir & Habibah !!!!!

berdebar saat diijabkabulkan


sah suamiisteri..muah muahhh
bersama keluarga

yer..ehemmm..amek berkat tuh..


17 Oktober 2009.
Masjid Morib, Selangor.

majlis pernikahan cousin ai. pada hari sabtu.
mohd azmir bin afandi. selamat diijabkabulkan dengan pasangan hatinya Habibah. same segak same padan gitu ha. ishh tak sangka dah jadi suami orang dah sepupu ai nih. kami sebaya. tapi mase kecik2 dolu dia pangey ai Kak Da. heheheheee. padahal ai lagik kiut :P

Selamat Pengantin Baru !!!


Tuesday, 29 September 2009

Gathering Blogger & Fesbuker

waseem excited motong kek baba die

cake besday yang disponsor oleh Maria dan Kak Leeta

wajah manis anggun lagi jelita gitu

kiut lah sangat

agaknya orang yang sebelah Lotpi tuh hepi bangat sampai posing pejam mata

Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!
Ahad lepas 27 Sept 2009. Petang. Bertempat di My News Cafe. Gathering.

Best sangat sangat dapat jumpe dorang ni semua.


Sunday, 27 September 2009

Selama Hari Raya Aidilfitri 2009 [2]

selamat hari rayo kepado semuo walau dimano mereko berado.
mohon maaf zahir jugo batin la adik kakok abe abe belako weh.
pandu lah kenderaan tu denge berhati-hati. oghe kato pandu cermat jiwo pon selamat. ingatlah mereko yang tersaye gitu.

insyaALLAH tahun depe harap bole sambut rayo lagih. amin.

pecoh kaco pecoh gelas.. hok mano baco tuh harap balas.. (balas ucapan la wess)



notatangan : masih menten lagik 3 beradik... ;0


Thursday, 17 September 2009

pagi yang indah



pagi nih bole dikatakan pagi yang indah la juge. indah ke?? indah!! tapi nape ek?? heeee. mau tak indahnyer aku dah start CUTI hari nih. hooooooooooooooreeeeeeeeeeeeeyyyyy !!!!

amatlah lega. freedom. sangat puas hati. tak yah g kije. tak yah ngadap kije yang bertimbun tuh. dan yang penting tak yah ngadap muke bos aku. hahahah. ini lah dikatakan sindrom tak suke bos. ehuuu.

pelik kan. kalu hari bekerja susah sangat nak bangun. tapi kalo ari cuti mata segar bugar je. psiko tol la. dari awal pagi tadi lagi aku bagus. lepas solat terus tak tido. bagus kan?? ahaksss.


Thursday, 10 September 2009

tahniah buat Eda !!! [Episod 2]

baby and mummy !!!

litltle baby

NorSyakila & NorKalisya

seperti yang telah diwar-warkan sebelum ni. inilah antara gambo terbaru baby baru dan famili. bukan aku yang snap gambo ni. aku tak berkesempatan pon lagi nak jeguk baby ni. kat Nogori nun sane. teringin sangat mahu ke sana. tengok sendiri. riba sendiri. riba baby?? pandaikah aku?? .......... ehemmmmmm..

last two days, aku call Eda. katenya baby kena tahan dan baru saje balik dari spital. so far, semua ok katenye. cuma doktor nak wat extra observation kat baby.

hope semuanya ok. alhamdulillah. tahniah sekali lagi !!!






notatangan : aku plak yang over excited... huh


Wednesday, 26 August 2009

tahniah buat Eda !!! [Episod 1]

awek cun dan Eda

hehhe. ini gambor sekitar tahun lepas. mase kami gi Christmas Dinner. ini lah Eda. salah seorang sahabat baek ku. kan Eda kan ???

hari ni aku dapat sms dari Eda, pagi tadi, katenye dia dah selamatkan lahirkan bayi perempuan seberat 3.4kg pada 11.45 pagi. alhamdulillah. tahniah buat Eda dan keluarga. amin

aku agak terharu.. (emo la plak).. mane tak nya. aku terus teringatkan ketika perbualan kami di surau. mase tuh dia kasi tau aku dia pregnant. aku terus senyum dan congrats dia. tapi,katenya dia masih agak trauma dengan jahitan ketika lahirkan bayi pertama. aku hanya boleh minta dia bersabar saja. itu saje yang aku mampu lakukan untuk tenangkan hati dia.

dari perot nye kempis hinggalah perot nye buncit, aku ade. aku melihat setiap perubahan yang dialaminya dari pandangan mata kasar aku. penat lelah seorang ibu yang mengandungkan cahaya mata. penat lelah dia berjalan ke sana ke mari dengan urusan kerja. tabah orang nya. kuat bekerja. sabar. setiap kali melihat dia begitu,aku tersenyum seorang. terdetik dihati,aku mahu jadi macam dia. hermm. kan Eda ?

pernah berkali juga persahabatan kami diduga. dicabar oleh mereka yang dengki dengan pertalian ini. alhamdulillah. kami tak mudah melatah.

ucapan buat Eda :
tahniah sekali lagi atas kelahiran cahaya mata yang kedua. tahniah buat Eda dan famili.anugerah tak ternilai dari Allah s.w.t. diturunkan khalifah buat kamu,pasti Tuhan yakin akan kamu. semuga semuanya selamat dan ok belaka. amin.

notatangan : bertambah duit raye tahun ni yer.. hehheh


Sunday, 28 June 2009

rindu tahap gaban wehh

sekitar tahun lepas

jalan jalan sama famili di key el


patutnye minggu nih aku balik kampong. dah wat perjanjian itu hari. tapi dek kerana masalah yang tak dapat dielakkan telah mendatang. jadi aku terpaksa kensel. arghhhhhhhhh!!!

sudah lama sangat aku tidak pulang ke tanahair nih. mau pulang. aku amat rindu sama istana aku. rindu sama Ayoh. rindu mau ziarah kubur Mek. rindu sama famili semua. rindu nasi kerabu depan kinik. rindu laksa. rindu goreng pisang. rindu kepok lekor. rindu air nyor tunjong. rindu nasi kat hervor. rindu nasi belauk. rindu solat jemaah ngan Ayoh. rindu bau kampong. rindu yang amat nih wehhhhhhhh.

nak balik. nak balik. huwarghhhhhhhhhh.

tadi mama aku call. eh bukan. dia sms je. dia soh aku call dia balik. haihh. katenya, Ayoh kurang sehat. erkk. lagi buat aku mau balik. mau jugak.

jadi, insyaALLAH next week aku mau balik. mau sangat. sangat.




notatangan : mengenang saat dulu dulu


Monday, 22 June 2009

aku dan kinokuniya

shuhada dan awek cun

awek cun dan syafinaz

awek cun dan kak wada


ini semua gambar bersama rakan sekerja. mase ni aku kije kat kinokuniya. kije pertama aku selepas tamat diploma. hahhaha.



notatangan : mau tulis tapi hilang mood coz jiran bising giler.


Friday, 19 June 2009

aku dan kuala selangor

matahari terbit di kuala selangor
parit depan rumah
rumah kampong

mereka dan aku


hujung minggu lepas. memang short notice. tak plan pon. aku ke kuala selangor.


Saturday, 13 June 2009

3 Venus 31 Mei 2009

wehuu!! mase ni jari cantek lagi..uhukk


agak lambat sket update.

Hari Bintang Jatuh 2009 - 3 Venus pada 31 Mei 2009.

tiket dijual by hand katanya. aku tak risau. coz aku pernah beli buku Perempuan Simpanan dari WaniArdy,dlm nya dia dah bintangkan sebagai pas untuk masuk ke acara itu. cuma tak dapat hadiah cd la. kalu mau cd kena beli tiket. aku cadang mau pegi sorang diri. tapi bile fikir balik,kalu dapat bawa orang yang kite sayang ke tempat yang kite suke,lagi bagus. jadi,aku sempat bile tiket di Capsquare bile diorang bukak booth sempena 3r nye event. jadi aku beli 2 tiket. hahhaha.
so,jumlah skang 3 pas masuk. wehuuuu.

terus aku taip sms "dah beli tiket.nati ikot along 31hb ni" send to AdikManjo & AngahSayang.

pada hari tersebut,aku sepatutnya ke hospital sebab jariku masih berdarah lagi. tapi aku tahankan jugak. aku ke Annexe untuk 3Venus. aku degil??? yer,ai tahu. so,monday baru gi spital.

owh yer. tema diorang kena pakai pakain kaler putih. iskk. naseb aku ade satu baju puteh yang belom di pakai. so, im in ur white Zara. heeeee.

aku dan adik bongsu je yang masuk. adik tengah kat luar ngan kawan dia coz tak cukop tiket.

sket agak terkilan aku tak leh snap gambar coz jari tak berdaya. tapi ade gak la snap sket.

3Venus : FynnJamal, WaniArdy, AnnaRaffali


AdikManjo dan awekcun


Awekcun yang nyaris hilang jari tapi masih menten !!

so far,persembahan kali memang best dan juga lebih santai. sebab tempatnya terhad jadi tak de la crowded mcm tahun lepas.

FynnJamal : yang baru saje selamat jalani pembedahan. begitu semangat waja dalam persembahannya. air puisinya amatlah diminati oleh mereka2 yang sentiasa folo dia nya blog or persembahan. dia yang freestyle memang pandai pikat jiwa orang. take care fynn.

WaniArdy : aku pernah dengar dia senandung sebelum ini. bermula tahun lepas di Hari Bintang Jatuh 2008. tak sangka dia seorang pensyarah. begitu selamba.

AnnaRaffali : ini pertama kali jumpa dia dan dengar dia senandung. cun giler orangnya. cantik. suara pon sedap. aku suke semua lagu yang disenandungkan oleh dia. begitu bersahaja.


well!!! cOngrats 3Venus !!! hingga jumpa lagi.



notatangan : balik je umah,Adikmanjo sebok dok bukak u-tube nak tengok performance diorang yang lepas2. hahahah. kami dah kongsi minat sama. aku hepi. tenkiu sayang.


Sunday, 7 June 2009

ai sayang adik adik ai !!!

penat!! satu hari jenjalan !!


yer,kami memang cute !!!



aku amat gumbira. setelah aku berpindah ke pondok baru. famili aku dah senang nak dtg umah. adik2 pon bole lepak sesuka hati. dan kali ni adalah paling lame diorang lepak sini. dah hampir 3 minggu. juga kebetulan itu hari,aku ditimpah musibah dan agak cedera parah sekejap. (dramatik kan...)

tak ramai. 3 orang je. 3 beradik. 3 awek cun. tapi kalu dok serumah. riuh bagai sedozen beradik. haihhh!!!



notatangan : air dicincang tak kan putus. sayangilah adik beradik anda. heeeeeeee.


Monday, 30 March 2009

teka teki teka tekuk !!

Lagu Latar : Im Yours by Amelya One in A Million (originally by Jason Mraz)
_____________________________________________________________________________________

Tiga gambar awek cun diletak secara rawak dalam kedua-dua gambar berikot. Kalu berani,coba letak kan dalam susunan yang betol. Yang mana Along, Angah, Adik?? Baju hitam ka, baju oren ka, baju kelabu ka?? Teka lah teka !!!
Ade berani ??? Hahahhahahahaha!!!!



Tahukah kalian bahawa alon sayang bangat sama kalian?? Miss u sista (;


notatangan : air walau dicincang ke,dikacau ke,ditumbok ke..tak kan putos.


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015