Showing posts with label Picisan Puisi. Show all posts
Showing posts with label Picisan Puisi. Show all posts

Friday, 1 May 2015

#1 | Pantun Petang




Kalau sedih,
Ingatlah waktu gembira

Kalau stress kije,
Ingat balik kenapa kita bermula

Kalau lemah semangat,
Tengok balik gamba handbag yang kite idam

Kalau letih ngan anak,
Ingat balik masa kite beranakkan dia

Kalau nyampah ngan suami,
Belek semula gamba kawen ke gamba couple ke

Gitu la kite ade ups ade down,
Yang penting jangan jauh dari Allah swt


Thursday, 16 December 2010

begini saja

sampai disatu ketika
bukan saya penat
cuma saya rasa itu sudahnya sudah
saya cuma mahu saya
mahu saya sendiri
pernah saya lari
kadang mengejar
kadang dihambat
puas saya menepis
dari kiri ke kanan
dari belakang ke depan
dari satu babak ke satu perenggan
saya alun dua dari satu
saya nadakan setiap baris
mata kasar kadang tidak terpandang
kerna kita hanya mahu melihat, bukan menafsir
saya amat bertuah
kerna Allah amat sayangkan saya
syukur alhamdulillah


Thursday, 16 September 2010

larian

seri wajah awak penguat semangat saya
senyum awak penyeri hati saya
rajuk awak mencerna hati yang gundah

saya ini bagaikan budak kechik yang mahu bertatih
saya mahu awak jadi saksi, melihat setiap langkah ini
saya akan bermula dari mengengsot, merangkak, bertatih dan berjalan kemudian berlari

apabila saya bakal mulakan larian pertama
saya mahu awak menunggu di garisan penamat
saya mahu habiskan larian ini walaupun lambat

saya tahu, awak yakin, saya akan sampai
rangkul saya dan jangan lepaskan selamanya


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015