Showing posts with label Prudential & PruBSN Takaful. Show all posts
Showing posts with label Prudential & PruBSN Takaful. Show all posts

Thursday, 30 April 2015

PruBSN Takaful Untuk Kita

Assalamualaikum.

Alhamdulillah!! Tahun ini adalah tahun ke-empat saya menjadi Ejen Takaful dibawah Prudential Assurance (M) Berhad. Dari awal lagi, saya mempunyai cita-cita untuk meluaskan perkogsian ilmu takaful  ini melalui alam maya. Ini kerana, memandangkan zaman sekarang, semua info boleh didapati melalui hujung jari sahaja.

Ini juga merupakan salah satu 'beauty of business' dalam industri Takaful. Pejabat boleh berada dimana-mana sahaja. Kita diberi pilihan untuk membina kerjaya ini sebagai 'Part Timer' atau pun 'Full Timer'. Bagi yang sudah mempunyai pekerjaan tetap dan mahu mencari pendapatan sampingan boleh bermula sebagai 'Part Timer' dahulu. Berbeza dengan saya, setelah berkahwin dan mengikut suami berpindah dek kerana tugas, saya terus bermula dengan 'Full Timer'. Begitulah, sedikit kisah bagaimana saya bermula sebagai ejen.


 




Beikut merupakan Fanpage dan Blog yang dikhaskan untuk saya membuat perkongsian tentang kebaikan insuran kepada kita semua. Ianya masih lagi diperingkat permulaan, Inshaallah saya akan mengemaskini dari masa ke semasa dengan info yang terkini.

Saya juga berharap 'clients' saya boleh mendapatkan info terkini dan melihat aktiviti semasa.

Semoga memberi manfaat untuk semua!




Monday, 13 April 2015

MAP Day | April 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah!! Kali ni dapat menghadirkan diri ke MAP Day April 2015 yang bertemakan LOVE. Kali ni kumpulan Bentley bertindak sebagai pihak pengurusan.


Setelah membuat pendaftaran, setiap ejen yang hadir dihadiahkan sebiji coklat. Wah!!! Cantik. C menandakan tempat yang saya duduki. Kali ni, mereka takkan membiarkan kami duduk berdekatan dengan geng. So, take a chance untuk berkenalan dengan geng yang lain juga.



 
Suasana yang bertemakan LOVE. Kemudian, majlis diteruskan dengan penerangan setiap aktiviti yang telah dijalankan, penghargaan kepada setiap ejen yang telah mencapai kejayaan dan menduduki tangga teratas. Disertakan juga dengan info yang terkini juga cabaran semasa yang disediakan oleh pihak Prudential. Semuanya diterangkan oleh Unit Manager kami secara bergilir-gilir.




Guest speaker untuk bulan ini, agensi kami telah menjemput salah seorang Agency Manager dari Sar Group sendiri iaitu Puan Naiza Adnan. Perkongsian yang bertajuk "Stay Long in Business". Pengalaman ibu kepada 3 orang ini adalah selama 13 tahun bergerak dalam industri insuran ini.

Bukan calang-calang orang, beliau merupakan graduan dari Imperial College. Memilih industri insuran sebagai bidang kerjaya kerana percaya dengan "retire rich". Mempunyai matlamat yang jelas dalam setiap apa yang diputuskan. Katanya lagi "keep on doing what you have decided". Ini amat terkesan kepada saya. Tiada kerja yang mudah, halangan tetap ada. Tidak perlu menukar arah apabila halangan mendatang, cumanya mencari jalan bagi menyelesaikan setiap cabaran.



Seterusnya seperti biasa, sebelum majlis berakhir, uacapan dan kata-kata semangat juga nasihat dari Senior Agency Manager (SAM) kami iaitu Puan Salmah Razak. Kami memanggilnya dengan gelaran Aunty Sal. Masih lagi hebat dan bersemangat.





Sebelum pulang, kami sempat menghadirkan diri untuk mini-meeting atau pun unit-meeting. Alhamdulillah!! Unit kecil ini bermula pada tahun ini dan dikenali sebagai NU2 dibawah Sar Group. Tahniah buat Unit Manager baru kami, Kaiulani Bujang.

Alhamdulillah!! Majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.


Thank you for reading this entry!



Friday, 28 October 2011

Prudential and me ;D

salam.
alhamdulillah.
sekarang saya sudah bekerja. flexy hour. work from home. and the best thing is I can share and help people. Insyaallah. itu la matlamat saye. cabarannye, how to create awareness to protect their future.

actually, saye tak pernah terfikir pon untuk join group ni. asalnya, saye hanya mahu mengambil plan untuk diri saye sendiri memandang umur kian meningkat dan saye pula sudah menjadi suri. tapi, sepintas lalu saye terasa ingin mencuba. dan bile sampai di ofis dan meet up dengan mereka yang berada di SAR Group. saye rase hepi dan bersemangat. niat saye, mahu menolong suami. dan juga to expand my knowledge and skills. tanpa fikir panjang, saye terus membayar yuran for 3 paper of exams. heheh. balik rumah baru inform hubby. alhamdulillah even hubby terkejut namun dia tetap menyokong saye. tenkiu sayang, love u much. hehe.

hubby ade bertanya, macam mana bole terfikir nak join group ni. saye pon tak dpt jawapan. mungkin ini ilham yang Allah swt berikan. kerana, sebelum ini, saban hari saye asyik berdoa mohon ditunjukkan jalan untuk mencari rezeki yang halal tanpa mengabaikan rumahtangga. hikss. ye la hubby kite kije 24 seven. tak macam hubby orang lain.

insyaallah.
saye berdoa harap jalan kali ni diredhai dan dirahmati Allah swt. semoga sentiasa dikuatkan semangat saye. aminn.

so, pada hari itu. pertama kali ke SAR Group saye bertuah sebab dapat duit raya. then dapat jumpe CEO Prudential. semua cakap saye bertuah. alhamdulillah. aminn.

my first picture with new friends ;D

so, kalu lepas ni sesape nak tanye pasal future protection. plz do ask me ya ;) insyaallah will help u up.


Tuesday, 18 October 2011

Nenek ejen insurans





Che Azizah pernah bonceng kapcai jual polisi kini antara wakil berjaya di Pahang

ORANGNYA kecil molek, berperwatakan ceria dan cukup sederhana dalam penampilan. Sekali pandang, tiada apa yang luar biasa ketika pertama kali bertemu pengurus agensi insurans, Prudential Assurance Malaysia Berhad ini.

Namun, di sebalik tubuh kecil itu, Che Azizah Che Drauf, 52, cukup popular di kalangan ejen insurans dan pelanggan terutamanya di Kuantan, Pahang.
Kegigihan dan ketekunan wanita ini mencorakkan agensi insurans di bawah pengurusannya hingga meraih pengiktirafan tertinggi industri insurans iaitu ‘Million Dollar Agency’, cukup membanggakan.

Siapa sangka, wanita di sebalik semua kejayaan ini adalah nenek kepada enam cucu. Che Azizah hanya bersekolah setakat darjah enam dan tidak pandai berbahasa Inggeris. Wanita cekal ini juga hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa yang menetap di FELDA Bukit Sagu, kira-kira 40 kilometer dari bandar Kuantan, Pahang.

“Perkataan 'insurans' adalah perkara asing bagi peneroka ketika saya mula-mula menyertai industri ini. Apatah lagi selepas menyedari setiap bulan perlu membayar RM60 iaitu harga premium insurans terendah 13 tahun lalu sebagai komitmen bayaran, ramai yang awal-awal lagi menolak,” katanya ketika berkongsi kisah hidupnya bersama sisipan Inspirasi.

Che Azizah mengerti wang RM60 terlalu besar nilainya bagi sebuah keluarga peneroka FELDA. Namun, sekalipun sukar meyakinkan pelanggan kepentingan insurans bagi meringankan beban andai berlaku kecemasan, Che Azizah terus tabah mencari pelanggan.
“Saya bawa bekal air kosong dari rumah dan jika tekak sudah rasa perit, saya minum seteguk dan terus berusaha mencari pelanggan. Turun naik bas dan berjalan berpuluh kilometer sehari sudah menjadi perkara biasa hingga tapak kasut jadi haus,” katanya.

Ternyata, gambaran tipikal khalayak mengenai imej ejen insurans yang berdandan rapi serta bergaya sebelum berdepan pelanggan tidak dapat dikaitkan dengan wanita yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini.

Membuka cerita, Che Azizah berkata, beliau pertama kali diperkenalkan dengan polisi insurans pada 1998 oleh adiknya, Che Azizan Che Drauf.

Beliau berkata, sebaik lulus peperiksaan Institut Insurans Malaysia (IIM) yang ditanggung adiknya, Che Azizan, ibu kepada tujuh orang cahaya mata ini memulakan profesion sambilan sebagai ejen insurans.

"Saya bermula pada 21 Disember 1998 dan pada awal Januari 1999, saya mula keluar mencari pelanggan. Suami, Mohamad Noh Mohamad Nor, 58, yang ketika itu bertugas sebagai guru, banyak membantu untuk menemui pelanggan selepas habis mengajar.

"Dengan motosikal kapcai lapuk yang saya gelar 'Honda no door', kami mengelilingi kampung mencari pelanggan. Pantang berjumpa orang, kami akan berhenti dan saya akan mendekati mereka, memberi penerangan mengenai polisi dan produk insurans," katanya.

Sekiranya suami tidak dapat menemani, Che Azizah menaiki bas untuk bertemu pelanggan. Biarpun terik mentari seakan membakar kulit dan tubuh basah lencun dek peluh, sasaran untuk menemui sekurang-kurangnya 13 orang pelanggan perlu dipenuhi.

Peneroka tanah rancangan ketika itu kebanyakannya tidak mampu memiliki premium insurans berikutan belanja untuk menampung keperluan asas keluarga pun tidak mencukupi.

"Saya dan suami mengambil keputusan menjelajah ke kawasan kampung berdekatan. Prinsip saya tidak akan sesekali melafazkan tidak sekiranya ada bakal pelanggan yang mahu berjumpa biar di ceruk mana sekalipun," katanya.

Namun insiden tayar 'Honda no door' pancit selepas menemui pelanggan pada suatu malam meninggalkan kesan paling mendalam dan menguatkan semangat Che Azizah untuk bangkit membela nasib anak-anak agar tidak melalui kepayahan yang pernah dilaluinya.

“Saya dan suami bertolak dari rumah sekitar jam lapan malam dan menempuh jarak 50 kilometer dengan bermotosikal untuk bertemu prospek. Tetapi, apabila berjumpa dia nampaknya tidak berminat untuk mengambil premium insurans berharga RM60 seperti ditawarkan.

"Malam semakin larut dan kami terpaksa meredah jalan yang gelap gelita dengan hutan tebal di kiri dan kanan untuk pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan saya tidak berhenti berdoa semoga tayar motosikal tidak pancit,” katanya.

Namun apa yang menjadi kebimbangan Che Azizah dan suami menjadi realiti. Tayar motosikal yang dinaiki bocor dan kempis pada waktu tengah malam. Akhirnya, mereka terpaksa menolak motosikal untuk sampai ke rumah sejauh lima kilometer.

Mereka tiba di rumah kira-kira jam tiga pagi. Sebaik memasuki rumah, anak-anak Che Azizah nyenyak tidur bergelimpangan di ruang tamu rumah kuarters dua bilik dengan keluasan sekangkang kera.

Saat itu perasaan sayu dan hiba menyelinap ke sanubari melihat anak-anaknya tidur dalam keadaan berhimpit-himpit serta tidak selesa.

“Malam itu perasaan keibuan saya seakan tercabar. Saya bersumpah pada diri sendiri tidak mahu anak-anak hidup miskin dan susah. Biarlah saya dan suami saja yang berkerja keras untuk memberi kesenangan dan keselesaan kepada mereka,' katanya.

Mengakui dirinya seorang pemalu, Che Azizah dapat melihat peluang cerah untuk mengubah nasib keluarga sebagai ejen insurans. Baginya, polisi insurans mampu memberi suatu bentuk jaminan, perlindungan, sandaran serta cagaran ke atas keselamatan serta kesihatan individu dan keluarga.

Sejak terbabit dalam dunia insurans 13 tahun lalu pada usia 40 tahun, Che Azizah sukar memadam ingatan pahit manis yang dilaluinya.

“Doa anak-anaklah yang menjadi kekuatan dan tenaga saya sekaligus mengetepikan perasaan segan dan malu,” katanya.

Che Azizah berkata, pelbagai cemuhan dan fitnah pernah diterima ketika gigih memperkenalkan premium insurans. Ada yang menuduhnya penipu dan akan membawa lari wang pelanggan. Selain sering diperlekehkan kerana tidak berpendidikan tinggi, penampilan Che Azizah dengan baju kurung yang sentiasa dibasahi peluh menjadi bahan ketawa orang.

“Saya tidak pernah malu mengaku kebanyakan pelanggan awal saya membeli premium insurans yang ditawarkan sebab perasaan belas dan kasihan melihat saya bersusah payah ke hulu ke hilir mencari pelanggan,” katanya.

Namun kegigihan dan keikhlasan Che Azizah menjual premium insurans nyata menjalinkan satu ikatan istimewa dan membuatkan pelanggan selesa berurusan dengannya.

Pelanggan pertama, seorang jururawat yang menyambut kelahiran anak-anaknya masih lagi setia menjadi pelanggan dan sahabat tempat bermanja.

Selepas lima tahun menjadi ejen insurans, Che Azizah mula menerima habuan dari penat lelah dan usahanya. Pendapatan yang diterima ketika itu berada di tahap selesa malah antara ejen insurans berpendapatan paling lumayan.

Kini, Che Azizah dan suami berjaya menyekolahkan ketujuh-tujuh anaknya dengan sempurna malah semua anaknya menjejakkan kaki ke menara gading. Pendapatan lumayan yang diterima dilaburkan untuk membeli sebuah kediaman yang lebih selesa untuk seisi keluarga malah kini mampu memiliki sebuah kereta mewah. Empat daripada tujuh anaknya dibelikan kereta untuk kemudahan mereka bergerak.

Suaminya yang bersara awal sebagai guru kini turut terbabit dalam bidang insurans secara aktif. Malah, beberapa anaknya juga memilih tidak berkerja makan gaji bagi menyambung legasi Che Azizah sebagai antara ejen insurans paling berjaya di pantai timur.

Rezeki Tanah Suci

SEBAGAI pengurus agensi insurans yang berjaya menerima pelbagai anugerah, Che Azizah ditawarkan pelbagai insentif termasuk melancong ke luar negara.

Namun kunjungan ke kota suci Mekah al-Mukarramah bagi mengerjakan umrah adalah antara pengalaman paling manis pernah ditempuhi wanita gigih ini. Ternyata, lawatan itu tidak mampu dibandingkan dengan keseronokan kunjungan ke tempat lain.

Memori di Tanah Suci tersirat cerita menarik yang memahat pengalaman unik dan meninggalkan kesan tersendiri terhadap dirinya. Ketika mengerjakan umrah, Che Azizah berpeluang bertemu seorang usahawan wanita yang sebelum ini dikhabarkan sukar dirapati.

“Pada suatu hari dengan keizinan Allah SWT ketika menunaikan solat di masjid Masjidil Haram, saya terserempak dengan individu yang dimaksudkan malah bersolat dalam saf (barisan) yang sama dengan beliau.

“Peluang bertemu empat mata dengan beliau datang beberapa kali ketika hendak bersolat. Saya ambil peluang itu untuk berkenalan dengannya dan menghulurkan kad perniagaan.

“Sekembalinya ke tanah air, selepas sebulan menunaikan umrah, beliau menghubungi dan menyatakan hajat untuk membeli premium insurans daripada syarikat saya untuk semua kakitangan yang berkerja dengannya. Beliau adalah antara pelanggan saya yang mengambil premium insurans terbanyak setakat ini,” katanya membuka kisah di Tanah Suci.

Sehubungan itu, Che Azizah sentiasa berpegang pada prinsip untuk berfikiran positif dan optimis dalam mendepani cabaran kehidupan. Selain percaya kepada ketentuan rezeki kurniaan Allah SWT, setiap individu seharusnya tidak putus-putus berdoa dan harus berani mencabar diri mencuba sesuatu yang mungkin difikirkan mustahil untuk direalisasikan.



sumber dari Berita Harian.


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015