Showing posts with label Education & I. Show all posts
Showing posts with label Education & I. Show all posts

Thursday, 28 May 2015

Kelas Nasi Arab Anjuran PERKEP

Assalamualaikum.

Dua minggu lepas, Perkep (Persatuan Keluarga Polis) IPD Bera telah menganjurkan Kelas Nasi Arab. Kalau ikutkan letih, rasa macam tak larat dah nak pergi. Tapi dek kerana semangat untuk menyokong Perkep dan kawan-kawan, saya gagahkan diri. Walaupun sedikit lewat sampai. Chewahh!!!

Kelas ini telah diadakan di dapur Perkep kami dan gurunya adalah Pengerusi Perkep kami sendiri iaitu Puan Maslina. Berbekalkan yuran sebanyak RM25 sahaja. Kelas bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Cepat dan senang je nampak Puan Maslina masak. Heee!!

Ini pertama kali saya melihat periuk Noxxa serbaguna yang selalu diwar-warkan oleh Cikgu Zaila. Owh! Begini rupanya, ada banyak fungsi. Letak je beras basmathi, ayam dan segala rempah. Tekan fungsi yang dikehendaki dan biarkan je sehingga masak. Semudah itu saja. Kemudian diteruskan dengan memasak ayam madu. dan akhir sekali salad. Ya Allah! Kenapa senang sangat ni. Eheem buat nya belum lagi, cuma lihat demo nya je.










Dan, sebelum pulang setiap peserta dibekalkan dengan satu bekas Nasi Arab. Nyummmm!! Sedap!! Sangat!!! Kami juga diberikan resipi bertulis sebagai rujukan nanti.

Kesimpulannya, untuk kelas kali ini, saya terpikat dengan periuk elektrik serbaguna Noxxa dan juga resipi ayam madu itu. Sedap sungguh!




Wednesday, 10 October 2012

Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) (Kepujian)


Al-kisahnye..

saya dapat tawaran sambung belaja sekali lagi di UiTM Shah Alam. sekali lagi?? ha ye sekali lagi. untuk sambung ijazah. sebelum saye pernah dapat tawaran sambung belaja di tempat yang sama cuma program yang berbeza dan mode study pon berbeza.

mase tu tahun 2008, saya dapat tawaran sambung belaja dalam program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dan mode study PLK (pengajian luar kampus). saye terima tawaran tuh. hurmm 2008 adalah tahun paling mencabar sebab banyak perubahan berlaku namun tak dapat ditangani dengan baik. huwaaaaa!!!!

pada mase tuh, saya baru bertukar kerja dari ke Bukit Jalil, maka kena hadapi orang baru dan environment baru. oleh itu, terpaksa berpindah ke Bukit Jalil dimana kawasan yang tak pernah saye tahu jalannye. dan yang paling tragis Encik Tunang kesayangan saye dapat tawaran ke latihan di Pulapol, maka saya dah tak de kawan baik untuk ke sana-sini. kebetulan juga saya dapat tawaran sambung belajar di UiTM sebagai pelajar part-time dimana kelasnye setiap hari dan bermula pukol 6.30petang hingga 9.30malam. pergggghhhhhhhhhhhhh!!!! penat weh!!!!

dan kalau tak silap saya jugak, mase tahun 2008 ni harga petrol naik melambung. mahal giler. duit gaji habis kat situ je sebab kena ulang-alik pegi kelas dan bayar tol.

however, im not doing well dat time. saya belaja separuh jalan je sebab tak fokus. perasan je lebih. hahahhaaa!!!

so, kesimpulan yang saya nak bagi tau nye kat sini ialah for this time again orang yang sama bawak saya pergi untuk register course. dan orang yang sama juga kasi semangat untuk saya teruskan belajar. maka, this time no more time to play play setelah Allah swt berikan saya peluang kedua untuk sambung belajar. target saya ialah habiskan belajar pada masa yang ditetapkan dan CGPA 3.5 ke atas. okeh??

and plus this time saya dah 'naik pangkat'. im no more single. im a devoted wife and a mother to my little princess. matlamat kian jelas. gitewwww!!! Inshaallah doakan kejayaan saya. amiin.


Friday, 12 August 2011

Im back !! Being a student again !!

Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Illahi.

buat kali keduanya saye mohon untuk sambung belajar. dan saye diterima. saye check permohonan melalui online on 11 August 2011. Syukur !! Im so happy.



Friday, 24 June 2011

Pastry Class

topping fondant

topping fondant for cupcake

one and only

roti yang dibakar dalam masa 40 minit 

 coklat..nyummmmm
Saya tak pernah ade pengalaman lagi menghadiri mana-mana kelas masakan. So, ini dikira first time la kan. Kelas ini dianjurkan oleh salah satu kedai yang menjual bahan-bahan membuat pastri. Yuran dikenakan RM50.  Saye terus mendaftar dek kerana excited nak belaja buat coklat.

Tiba hari yang dinanti, saye penuh semangat hadir ke kelas. Waaaaaaaa.. rupenye kite tak buat ape-ape pon. Just observe ape yang chef buat and take note. Bermula sengan cara-cara membuat topping menggunakan fondant, macam tanah liat je caranya. Heeee..heee. Kemudian topping untuk cupcake pon menggunakan fondant. Bagi membuat roti plak, dorang kasik resipi jer, then sambil promo alat yang nak buat roti tuh. Kire letak je semua bahan dalam mesin tu, then tunggu 40minit, masak lah roti tuh. Alaaaaaa macam mesin basuh la jugak. 

Part yang paling saya suka ialah bile chef tu ajar cara-cara membuat coklat. Amatlah simple cuma fokus yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan coklat yang sedap dan menarik. 3 bahan je yang diperlukan untuk membuat coklat. Heee.

Selesai je kelas ni, kami ade bergambar dan semua yang hadir kebanyakkannye makcik-makcik. Ade la jugak yang siap bawak anak kecik lagik tuh. So, before balik kami dapat goodies bag dan dalam tu ade sedikit bahan yang simple untuk buat coklat. So, ramai gak lah yang terus membeli bahan kat kedai tuh. Saya ni agak jakun, so ramah la nak bertanya. Mak aihhhh salah tanye, rupenye ramai antara yang hadir tu mengaku adalah pengusaha kek dan coklat. Ahakkkkss!! Rilex ar makcik mane la saye nak kenal, lenkali bikin fesbuk yer.

So far, ok lah kelas ni. Cuma ade sedikit kurang puas hati sebab dorang tak inform awal-awal yang this is not a class but only like a demo. Tiada sijil diperuntukkan. Dan juga chef tu hadir lebih kepada untuk promote barang. But, ok lah at least saye dah dapat ilmu untuk buat coklat tapi tak de kesempatan nak buat lagi. Heee hehhe.


nota : bercita-cita nak masuk kelas Macaroon plak ;)


Thursday, 16 June 2011

Kelas Asas Fotografi

Saye sangat hepi dan berbangga, akhirnye saya dapat completekan kursus pendek ini yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti melalui Program 1Malaysia. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Edi Kasim. Memulanya rase agak janggal, dan terasa macam agak formal. Tapi lama-lama tu rase enjoy. He He.
Kursus ini  berlangsung selama 3 hari dan 20 jam. Teori dan praktikal adalah selari dengan silibus.




Terima Kasih kepada Kolej Komunti.
Terima Kasih kepada Encik Edi Kasim.
Terima Kasih kepada kawan-kawan.
dan yang utama Terima Kasih kepada Encik Suami yang menyokong saye dalam usaha ini even dia tau wife dia sokmo dok merengek itu dan ini. Tq abang.

Nota : Syukur alhamdulillah. At least I know how to use a Nikon. ha ha


Friday, 6 August 2010

Offer Letter



;D

Tadi saye chat ngan my gudfren, Eda the Warrior. I like to call that. Shes younger than me but more 'taiche' than me. We talk about our study. She just started continuing her study this year, will face the final exam this month. Godluck sweetie !!
And suddenly reminds me about my application. Straight away im checking through website. YES!!! Ive been offered to continue the bachelor course. Alhamdulillah. Im so happy.
Last time, I used to study at one of the IPTA, but almost been rejected coz not attending the exam. Wat a terrible me. End of last year, the big musibah happenned to me. Lost my control. Big blur some more. Tak mo ingat dah. Left behind. Shuhhhhh.. :'(
Become the new version of me !!


Sunday, 19 April 2009

Final Exam !!!!

besok 20hb ari senin. dah stat dah final exam. first paper tuh besok. huwarggggggggggghhhh !!!
semalam satu hari tak belek buku coz ade hal ke sana ke mari. naseb baek jumaat tuh cuti. so, ari ni baru nak bukak mata. heeeeeeeeeee. subjek ni memang la best tapi agak struggle. susah tapi menarik. tu lah cite nyer.

wish me luck !!!!!




notatangan : samat ari jadi besday boy!!! boy ker?? man lah. huahuhau.
dah tua dah. ;)


Sunday, 5 April 2009

First Batch for Guerillagraphy Workshop


Sebenarnye dah lame dah attend workshop ni tapi lupe tak lupe nak tarok gambor. Pada 8 Mac 2009 bersamaan hari Ahad. So, aku telah menghadirkan diri ke course tersebut. Satu hari saje. Aku suke je tengok hasil kerja SueAnnaJoe nih,tapi tu pon tengok kat blog dia jer la. Then, ari tuh dapat la jumpe dia dan dapat tengok hasil kije dia secara live. Aku dapat tahu pasal course ni dari salah satu blog seni milik Anna.
Aku adalah orang pertama yang sampai,tapi aku tak masuk,aku nunggu jer dulu kat luar. Rase macam terawal sangat la plak. Maklum la ni first course yang aku attend,jadi agak excited. Hahahhah !!!

Pelajarnyer tak ramai, cuma 4 orang saje. First session,kami didedahkan dengan hasil kerja beliau. Dan terus ke basic photography. Tengahari,kami lunch bersama2. Aku tanpa segan silu,makan dengan banyak. Kahahhahkahh!! Tanpa hiraukan mereka sekeliling. Lagipon lapar la,pagi tuh tak bekpes pon. Rehat jap.

Continue, dengan photo shoot. Ade sorang model cute didatangkan khas. So,kami pon memulekan kije shooting. *Betol ker ayat aku ni??Ngehhhh*. Finally,mase critique session tuh aku paling suke. Coz,gambar aku manyak kena kritik. Yer,ni first time aku guna camera aku tuh. So, moral of da stori,aku kena banyak lagi blaja juga praktis. Heeeeee!! So far, Alhamdulillah. Kelas ok dan berakhir pada pukol 4pm lebey macam tuh la. Hermm. Dari situ juga aku mendapat kenalan baru. Wehuuuuuuuuuuu !!!



Berikut diatas adalah gambar yang mase course tuh. Itu lah model yang didatangkan khas untuk membantu kami. HUuuuuuuhuuu!! Yer,aku tau,editing nyer kurang kemas coz aku pakai Picasa jer tuh. huahuhauhauh !!

Owhh ya !! Tak lupe juga, kami mendapat goodies bag yang cute dari Raw Visual. Tenkiu !!




notatangan : Tahniah buat SueAnnaJoe !! Dalam mase terdekat akan membuka studio nyer sendiri kat Kelana Mall. Jeng..jenggg!!! Itudio Studio !!
Congrats Anna ;)


Sunday, 1 March 2009

blaja photography sama SueAnnaJoe

hujung minggu yang memenatkan. tetiba aktiviti menjadi sangatlah pack. dan 2 hari hujung minggu berlalu dengan pantas dan begitu sahaja tanpa disedari. tapi jauh disudut hati, kegumbiraan terselit. mungkin. aku choba menyesuaikean diri.
^_0 shhhhhhhhhh. rahasia.

oklah. kan ker dah membebel tuh. lari topik jap.
*ngehhhh.

ekceli, semalam aku ade update blog jap. dan sambil view kat blog kesukaan aku. yang mane sempat la kan. hermmm. aku agak teruja,ade sorang rakan blogger, SueAnnaJoe yang kreatif orangnyer akan mengajurkan kelas potographi dengan harga yang berpatutan. menarik. rase mau mencoba. yer la ilmu aku amat cetek dalam dunia potography ni. tapi tu lah aku amat minat. aku selalu layari blog anna,dia memang berbakat dan sangat kreatif. bestnyer kan kalu dapat jadi expert macam tuh.

walaupon kat situ camera dslr bukan lah kompalseri tapi rasenye maybe berbaloi kalu i have for my own. alang2 pegi bole belaja terus. yer la kalu peralatan lengkap, kite akan lebih kondifen dan semangat lagi nak belaja tuh. nampaknye bajet bulan harus dikire la dulu. yang mane patut catu harus dicatu. haihhhh.



peluang yang bagus bagi beginner. heeeeeee.

notatangan : 24jam sehari memang tak cukop untuk aku. haihhhhhh.


Monday, 19 January 2009

budak kechik ngah blaja #002

minggu ni dah masuk minggu ke-tiga kelas bermula bagi semester baru. ari senin macam biase la kelas Bahasa Arab Level 1. ini semua gegara mase diploma dulu aku tak dapat B, jadi kena amek balik demi mengikut prosedur.huwarggggghhh.

tapi semester nampaknye bermula dengan agak baek so far.antaranye, pembelajaran kelas bahasa arab ni.mane tak nye,tergezut aku,kekekek.tak pernah la plak dapat belaja ngan ustaz yang sebegini jambu.heeeeeeeeeee.tinggi dalam 176cm.tinggi tuh.kulit muke cerah (dats y la we call jambu).tak gemok dan tak jugak kurus.kalu apply polis or askar,maybe memenuhi syarat kot.tapi kalu nak jadi pemain ragbi tuh memang kena reject la.pasal tak cukop berat badan.cara pemakaian plak, so far,ok jer.sebagaimana anak mude zaman skang ni.cuma satu jer aku tak berkenan,dia pakai kasut yang panjang ke depan tuh,tapi tak de la tajam sangat.tapi memang aku tak gemar la.cara penyampaian plak,ok jer.tapi slang utara tuh memang pekat giler arr.penceritaan plak, memang banyak citer ar yang disampaikan.kaki borak.kelakar.banyak cakap betol.pasal pengalaman dia mase belaja dulu.katenyer,dia tuh lulusan dari Universiti Al-Azhar,Mesir.amek jurusan pengajian bahasa arab.baru jer grad 2007.dan pernah menjadi cekgu mengajar disekolah agama kawasan perkampungan.

umor ustaz ni aku tak tau la plak bape.lebuh kurang baya aku jer kot.plus minus.

so,harapnyer kerajinan aku untuk lulus dengan cemrlang dalam semster ni, akan tercapai.insyaALLAH.bukan ape,ustaz jambu ni boleh motivate aku untuk rajin ke kelas.
wuuhhhhhhhhhhhhhuuuuuu !!

#ngehhhhh.



Thursday, 8 January 2009

budak kechik ngah blaja #001

ari ni first day blaja


Thursday, 18 December 2008

website uitm memang macam gitu

huh.ari ni akhirnya petang tadi result untuk final exam dah kuar dan sudah boleh dicheck.jadi after makan ngan adik aku kat warong tadi,terkocoh-kocoh kami pulang ke rumah nak check result.

hermmm.adik aku budak full-time diploma.tahun ni final year dia.so,sebok nak tengok result final juga ke mana plak dia sambung degree nati. aku part-time student,budak degree first semester.

haihhh.ade la jugak lebey setengah jam adik aku nunggu,baru dapat tengok result final.tapi penempatan belom la plak boleh lagi.

aku ni hah,dari tadi lagi dok nunggu.tapi tak dapat dapat pon bukak website nyer. hampess betol!!!! macam tu la website uitm seperti tujuh tahun lepas, memang sama la, tak berubah pon.hishhhhhhhhh. nak mandi pon tak selera aku nih. dari tadi lagi dok pakai towel.

nape la diorang tak leh nak buat improvement. dah tau dah student makin ramai bukan nye makin sket.tapi macam mcam gini lah jugak nyer ha.

dah la aku ni berdebar dari tadi lagi tak hilang.tapi bile adik aku tanye aku cover menten jer.

ngee!!




Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015