Showing posts with label Being Pregnant. Show all posts
Showing posts with label Being Pregnant. Show all posts

Monday, 25 May 2015

#2 Pregnancy : Apa itu 'Braxton Hicks'

Assalamualaikum.

Betul lah kata orang tua-tua, setiap kali mengandung akan menghadapi pengalaman yang berbeza-beza. Tidak kan sama. Pengalaman mengandung anak yang kedua ini memang jauh berbeza dan agak mencabar juga.

Kali ini, saya bertemu perkataan baru iaitu "Braxton Hicks". Apakah itu?? Ianya merupakan salah satu kontraksi yang berlaku pada peringkat awal.

Saya kerap bertanya kepada kawan-kawan rapat yang pernah mengalaminya. Setakat ini, masih belum berkesempatan untuk mendapatkan nasihat dari doktor berkenaan ini. Saya mula mengalami pengalaman ini daripada bulan lepas lagi.

Berikut adalah antara sumber informasi yang menjadi rujukan saya tentang "Braxton Hicks"  daripada laman babycentre.com

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

 

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

 

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

 

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

 

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
  • pergerakan bayi anda sudah mengurang;
  • anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
  • jika anda mengalami sebarang pendarahan.
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.





#ilovebeingpregnant








Tuesday, 21 April 2015

#2nd Pregnancy : Say No To Medicine

Assalamualaikum.

Sebelum ni, saya ada ceritakan tentang gatal-gatal diawal kehamilan yang saya alami. Saya juga telah mendapatkan khidmat nasihat doktor daripada klinik swasta biasa. Setelah itu, saya ada memakan ubat yang diberikan dan menyapu krim. Tapi itu hanya 2 hari sahaja, kerana saya rasa kurang selesa. Sebelum itu doktor ada memaklumkan bahawa ubat dan krim tersebut mengandungi streroid yang rendah dan tidak membahayakan. Namun, saya tetap tidak selesa.

Alhamdulillah! Tuhan telah berikan petunjuk, tiba-tiba saya teringatkan satu krim dari Nivea. Kebiasaannya, mereka yang pergi menunaikan haji dan umrah akan memakai krim ini, untuk mengelakkan kekeringan kulit dan gatal-gatal. Maka, saya terus ke Watson berdekatan untuk membeli krim Nivea seperti di dalam gambar dan 'facial spray' dari Evian. 'Facial Spray' ni bertujuan untuk melembabkan kulit dan berasal dari air mineral.

Mula-mula saya akan semburkan 'facial spray' Evian ke seluruh kawasan yang mengalami gatal-gatal dan kulit kering. Setelah ianya meresap, saya terus menyapu krim Nivea ke kulit. Saya mengamalkannya setiap kali selepas mandi dan selepas solat. Alhamdulillah! Lebih kurang dalam 3 hari, gatal-gatal makin berkurangan. Disamping itu juga, saya banyak meminum air putih yang bersih.




 Kepada ibu-ibu yang hamil, sila lah mencuba ye. Inshaallah ok!

#ilovebeingpregnant


Thank you for reading this entry!


Friday, 13 March 2015

#2nd Pregnancy : Gatal-gatal Di Awal Kehamilan

Assalamualaikum.

Entri yang sebelum ini, saya ada menceritakan tentang pengalaman saya mengalami pendarahan di awal kehamilan. Alhamdulillah!! Pendarahan telah pun berhenti dan tiada lagi pendarahan.

Seingat saya bermula diawal bulan Februari lepas, ketika itu kandungan saya masih peringat 'First Trimester', saya mula mengalami kegatalan. Gatal-gatal ni bermula dikedua belah telinga saya. Ya Allah, gatal sangat. Saya garu sehingga kan telinga saya bengkak. Pedih sangat. 

Kemudian, kegatalan beralih ke muka. Kulit menjadi kering dan pedih sangat. Sehingga kan ada penggelupasan pada kulit muka. Tapi kegatalan agak berkurangan di kawasan muka.

Selang beberapa hari, kegatalan ini beralih ke tangan pula. Kedua belah lengan saya. Orang-orang tua cakap jangan garu, risau nanti meninggalkan kesan parut. Tapi masalahnya, saya boleh menggaru dengan reflek yang cepat. Dalam tak sedar, tangan dah menggaru. 




Risau dan tidak tahan dengan keadaan gatal ini, saya pun mengalah untuk ke klinik. Doktor ada memberitahu saya mengalami masalah alahan. Saya dinasihatkan tidak mengambil makanan laut. Saya juga perlu mengelak daripada penggunaan sabun mandian, bedak dan losyen yang mempunyai kandungan anti-bakteria. Kata doktor lagi bahan yang mempunyai anti-bakteria akan membuat kulit bertambah kering. Jadi saya dinasihatkan menggunakan sabun mandian, bedak dan losyen bayi sahaja. Maka, saya memilih untuk mengguna produk Johnson & Johnson.

Doktor ada membekalkan 2 jenis ubat untuk dimakan dan 1 jenis krim sapu. Saya tak makan habis pon ubat tu. Risau dengan kandungan, even doktor dah nasihatkan ianya selamat. Degil kan? Heeehee. Saya banyak meminum air masak, sehari lebih 2 liter.




Alhamdulillah!! Buat masa sekarang gatal-gatal sudah berkurangan. Cuma kulit sangat-sangat kering. Ini mungkin juga disebabkan cuaca yang panas dan kering. Kena pastikan banyak minum air putih setiap hari. 

Cabaran mengandung kali ini amat berbeza. Inshaallah!! Saya boleh!!

#ilovebeingpregnant


Thank you for reading this entry !





Saturday, 28 February 2015

#2nd Pregnancy : Pendarahan Di Awal Kehamilan

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak berkongsi pula tentang pengalaman mengalami pendarahan ketika mengandung pada first trimester. Selepas pergi check-up pertama kali di klinik, pada mulanya semua keadaan baik-baik belaka. Seingat saya, seminggu selepas check-up saya mengalami pendarahan. Actually, yang keluar/discaj itu bukanlah berwarna merah tapi agak brownish (coklat-coklat muda). Pada mulanya saya tak panik, sebab saya pernah ada pengalaman pendarahan ketika mengandungkan Siti Khadijah (anak pertama). Ianya berlaku ketika first trimester juga.

Pengalaman kali ini amat berbeza sekali. Semasa mengandungkan anak pertama, saya mengalami pendarahan tetapi ianya hanya dalam masa seminggu sahaja. Apabila dapat tahu saya mengalami pendarahan, saya terus ke Klinik Pakar Wanita & Bersalin Chan. Setelah doktor memeriksa keadaan saya, doktor memberikan satu suntikan untuk kuatkan rahim dan juga 2 jenis ubat, iaitu Duphaston dan Folic Acid. Selepas seminggu, Alhamdulillah saya beransur pulih dan tiada lagi pendarahan berlaku.




Pada kali ini, saya melakukan tindakan yang sama. Tapi pendarahan berlaku agak berpanjangan dan mengambil masa agak lama. Lebih kurang dalam 6 minggu, ianya berlaku on-off berdasarkan aktiviti harian saya. Saya terpaksa mengunjungi klinik pakar setiap 2 minggu untuk memastikan semuanya dalam keadaan terkawal. Doktor banyak menasihatkan saya supaya banyak berehat, tidak boleh mengangkat barangan berat, tidak boleh mendukung anak, tidak boleh travel jauh dan boleh dikatakan doktor mahu saya rest in bed. Saya hanya mengangguk sahaja. Tapi apabila difikirkan, apabila kita memegang jawatan ibu, isteri dan suri, bagaimana kita mahu rehat. Haishhh!!!!

Saya mula hadkan aktiviti harian untuk seketika dan fokus untuk berehat sahaja. Pernah satu hari, saya hanya rehat terbaring sahaja. Saya cuma bangkit apabila mahu solat, makan dan minum, atau apabila Dija perlukan apa-apa. Selain dari itu saya hanya terbaring dan rehat sahaja. Dari pemerhatian saya, tiada pendarahan pada ketika. Apabila menjelang senja, saya cuba untuk mandikan Dija, tetibe terasa ade sesuatu keluar dari faraj. Saya terus bergegas ke bilik air untuk mendapat kepastian. Ya Allah, terkejut, sebab ade darah yang keluar di panty liner. Saya memang mengamalkan memakai panty liner dan menukarkannya setiap kali sebelum solat. Besoknya, sekali lagi terus ke klinik pakar kerana terlalu risau.

Secara kesimpulannya, sepanjang tiga bulan usia kandungan ini, saya telah mendapat 2 suntikan untuk menguatkan rahim tapi bukan sekaligus. Rasanya selang 3 minggu. Dan meneruskan pengambilan Folic Acid dan Duphaston setiap hari. Kali terakhir saya check-up, doktor ada membuat scanning. Alhamdulillah!!! Katanya baby ok, air ketubahan ok, degupan jantung ok, cumanya uri saya berada dibawah (rendah). Doktor ada bagi tahu, biasanya uri akan naik sendiri, ini berlaku kerana ianya diawal kehamilan. Inshaallah!!! Perasaan saya yang mulanya agak sedih dan risau terus bertukar ceria apabila mendengar degupan jantung bayi yang kuat. Semangat!! Heee!!!

Alhamdulillah!!! Pendarahan sudah berhenti dan saya pon mula berhenti dari mengambil Duphaston, hanya meneruskan suplemen biasa. Terima kasih Allah !!!

Pendarahan diawal kehamilan selalunya disebabkan oleh sesuatu yang minor atau ‘hanya salah satu perkara biasa’. Namun ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius dan boleh membahayakan anda selain menimbulkan risiko terhadap kehamilan. Sebab itu amat baik untuk menganggap sebarang pendarahan semasa kehamilan itu sebagai perkara serius dan perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.




Sumber bacaan dari © Utusan Melayu (M) Bhd :

Ini selalunya disebabkan oleh sesuatu yang minor atau ‘hanya salah satu perkara biasa’. Namun ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius dan boleh membahayakan anda selain menimbulkan risiko terhadap kehamilan. Sebab itu amat baik untuk menganggap sebarang pendarahan semasa kehamilan itu sebagai perkara serius dan perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.
 
Mengalami pendarahan
Jumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan nasihat, walaupun pendarahan itu berhenti selepas sedikit masa. Anda mungkin memerlukan pemeriksaan vagina atau ujian imbasan ultrabunyi untuk mengesan sebarang komplikasi selain memastikan anda dan bayi adalah sihat. Anda mungkin akan menjalani ujian urin kehamilan dan ujian darah (untuk memeriksa tahap hormon anda).
 
Pemeriksaan menggunakan imbasan ultra bunyi melalui faraj (vagina) selalunya adalah yang terbaik untuk memeriksa sama ada semuanya baik atau tidak. Kesakitan abdomen yang teruk dan berlarutan dengan pendarahan ataupun tiada, mungkin ia tanda kehamilan di luar rahim atau kehamilan ektopik yang memerlukan anda mendapatkan rawatan di hospital dengan segera.
 
Punca pendarahan semasa awal kehamilan
Terdapat banyak punca pendarahan pada awal kehamilan dan sesetengahnya lebih serius daripada yang lain. Terdapat dua punca biasa yang menyebabkan pendarahan awal dan selalunya akan berhenti dengan sendiri tanpa sebarang masalah. Pendarahan tersebut ialah pendarahan ‘penebusan’ (breakthrough). Ini kerana hormon yang mengawal kitaran haid anda boleh menyebabkan pendarahan penebusan apabila tiba masa haid sekiranya tidak hamil. Sesetengah wanita mengalami pendarahan seperti ini lebih daripada sekali semasa kehamilan, selalunya pada masa biasa kitaran haid mereka. Selain itu, keadaan ini mungkin disebabkan oleh pendarahan ‘pelekatan’ telur yang disenyawakan akan menempel pada dinding rahim dan ini menyebabkan pendarahan. Anda mungkin mengalami sedikit pendarahan yang selalunya berlaku selama satu atau dua hari.
 
Kesan
Senario paling teruk ialah pendarahan menunjukkan kehamilan anda akan berakhir. Pendarahan boleh menjadi tanda awal keguguran atau kehamilan ektopik, terutamanya jika disertai dengan kesakitan abdomen atau kekejangan.
 
Anda perlu bersedia untuk menghadapinya tetapi jangan berputus asa. Bergantung kepada punca, kebanyakan kehamilan boleh diteruskan walaupun terdapat masalah pendarahan awal. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita yang memerlukan bantuan disebabkan pendarahan pada awal kehamilan berjaya melahirkan bayi mereka.
 
Risiko kepada bayi
Sukar untuk meramalkan sama ada pendarahan akan berakhir dengan keguguran atau tidak. Pun begitu, terdapat beberapa perkara yang menunjukkan kemungkinan keguguran berlaku amat tinggi. Ini termasuk pendarahan yang semakin banyak, usia anda di bawah 25 tahun atau lebih daripada 35 tahun, risiko untuk keguguran tinggi, sama ada anda merokok atau terdedah kepada perokok pasif, kedua-duanya dikaitkan dengan keguguran dan jika mempunyai sejarah keguguran. 


Nasihat saya pada ibu-ibu sekalian, seandainya mengalami keadaan seperti saya, mohon jangan berlengah ya. Segera dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor. Ya, saya tahu semuanya rezeki dari Allah swt. Tetapi sekurang-kurangnya kita berikhtiar dari awal. Seandainya itu bukan rezeki kita, Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita. Setakat ini, saya mempunyai 2 orang kenalan yang mengalami pendarahan diawal kehamilan seperti saya, tetapi kedua-dua mereka agak lambat mendapatkan nasihat dari doktor. Sudahnya, kandungan mereka mengalami keguguran. Allahu'akbar!!

Berusaha dan bertawakal lah. Tapi sekiranya tidak dapat diselamatkan, Redha la dengan "Qada' dan Qadar", sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancanganNya.

Thank you for reading this entry !





Thursday, 26 February 2015

#2nd Pregnancy : Minum Susu Anmum Materna

Assalamualaikum

Hari ni nak bercakap tentang susu. Kalau diikutkan saya ni bukan peminat susu pon. Boleh dikatakan tak minat langsung. Tapi saya mula kenal dan minum susu Anmum Materna ni semasa sebelum mengandungkan anak pertama.

Ramai yang bertanya, belum pregnant lagi dah bole minum ke?? Maklum la kat kotaknya tu gambar orang mengandung. Ye !!!! Dah boleh minum even belum pregnant lagi. Doktor nasihatkan saya, untuk amalkan meminum susu Anmum Materna ni sebanyak dua kali sehari, iaitu setiap pagi dan malam. So, maksudnye 2 gelas la dalam sehari. Dan juga pengambilan Folic Acid setiap hari, biasanya saya akan makan setiap pagi untuk setiap hari. Ini adalah persediaan bagi mereka yang bersedia dan merancang untuk hamil. Alhamdulillah!!! Setelah disahkan mengandung anak pertama, saya masih meneruskan pengambilan susu Anmum Materna dan supplement yang disarankan.


Susu Anmum Materna ni ade banyak perisa, sebelum ni ada perisa vanilla dan coklat, dan terbaru ade perisa mangga. Semua perisa saya dah try, tapi saya tetap sukakan perisa vanilla. Saya suka minum suam-suam panas, dan terus habiskan satu gelas. Alhamdulillah!! Tak ada masalah dalam bab nak minum susu ni.

Doktor ada pesan, susu ni agak manis. Jadi kurangkan dari 4 sudu ke 2 sudu sahaja. Tapi sebab saya sukat pekat (degil sebenarnya), jadinya saya tetap minum 4 sudu untuk satu gelas. Cumanya, saya memang banyakkan minum air masak/ air putih. So, it depends pada tubuh masing-masing ye. kalau manis sangat pon tak bagus, risau nanti dapat kencing manis pula. Alhamdulillah!! Sepanjang mengandung anak pertama, saya tak kena kena kencing manis dan tak disuruh minum air gula. Sebab tiap kali check-cup, HB dan gula semuanya ok ok. Weeeee!!!! Selamaaaaatttttt !!!

Yeayyy!!!



Thank you for reading this entry !


Tuesday, 24 February 2015

Khadijah nak dapat adik !

First time rasenye buat sharing tentang pregnancy. Dulu, mase mengandungkan Dija tak de mood nak update blog mane sangat. Actually, memang tak blogging pon. Blog dah macam sawang pon.

Alhamdulillah, a week after balik dari Sabah hari tu, saya try buat check-up sendiri dan hasilnya 'dua palang' kih kih. Terus inform ayahnya Khadijah. Mukanya merah padam je sebab control happy dengan lagak poyo. Hahahah!!

So, 24 Disember 2014 kami pergi buat official check-up di Klinik Pakar Wanita Chan. Alhamdulillah, doktor dah sahkan positif. Maka, bermula lah perjalanan sebagai ibu mengandung buat kali kedua. Alahaaaiii excited sangat.

Alhamdulillah! Thank you Allah.


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015