Assalamualaikum.
Entri yang sebelum ini, saya ada menceritakan tentang pengalaman saya mengalami pendarahan di awal kehamilan. Alhamdulillah!! Pendarahan telah pun berhenti dan tiada lagi pendarahan.
Seingat saya bermula diawal bulan Februari lepas, ketika itu kandungan saya masih peringat 'First Trimester', saya mula mengalami kegatalan. Gatal-gatal ni bermula dikedua belah telinga saya. Ya Allah, gatal sangat. Saya garu sehingga kan telinga saya bengkak. Pedih sangat.
Kemudian, kegatalan beralih ke muka. Kulit menjadi kering dan pedih sangat. Sehingga kan ada penggelupasan pada kulit muka. Tapi kegatalan agak berkurangan di kawasan muka.
Selang beberapa hari, kegatalan ini beralih ke tangan pula. Kedua belah lengan saya. Orang-orang tua cakap jangan garu, risau nanti meninggalkan kesan parut. Tapi masalahnya, saya boleh menggaru dengan reflek yang cepat. Dalam tak sedar, tangan dah menggaru.
Risau dan tidak tahan dengan keadaan gatal ini, saya pun mengalah untuk ke klinik. Doktor ada memberitahu saya mengalami masalah alahan. Saya dinasihatkan tidak mengambil makanan laut. Saya juga perlu mengelak daripada penggunaan sabun mandian, bedak dan losyen yang mempunyai kandungan anti-bakteria. Kata doktor lagi bahan yang mempunyai anti-bakteria akan membuat kulit bertambah kering. Jadi saya dinasihatkan menggunakan sabun mandian, bedak dan losyen bayi sahaja. Maka, saya memilih untuk mengguna produk Johnson & Johnson.
Doktor ada membekalkan 2 jenis ubat untuk dimakan dan 1 jenis krim sapu. Saya tak makan habis pon ubat tu. Risau dengan kandungan, even doktor dah nasihatkan ianya selamat. Degil kan? Heeehee. Saya banyak meminum air masak, sehari lebih 2 liter.
Alhamdulillah!! Buat masa sekarang gatal-gatal sudah berkurangan. Cuma kulit sangat-sangat kering. Ini mungkin juga disebabkan cuaca yang panas dan kering. Kena pastikan banyak minum air putih setiap hari.
Cabaran mengandung kali ini amat berbeza. Inshaallah!! Saya boleh!!
#ilovebeingpregnant
Thank you for reading this entry !
As,salam sis... saya sedang alaminya sekarang nie... gatal2 1 badan... tak boleh nak tido malam...
ReplyDelete