Thursday, 26 February 2015

#2nd Pregnancy : Minum Susu Anmum Materna

Assalamualaikum

Hari ni nak bercakap tentang susu. Kalau diikutkan saya ni bukan peminat susu pon. Boleh dikatakan tak minat langsung. Tapi saya mula kenal dan minum susu Anmum Materna ni semasa sebelum mengandungkan anak pertama.

Ramai yang bertanya, belum pregnant lagi dah bole minum ke?? Maklum la kat kotaknya tu gambar orang mengandung. Ye !!!! Dah boleh minum even belum pregnant lagi. Doktor nasihatkan saya, untuk amalkan meminum susu Anmum Materna ni sebanyak dua kali sehari, iaitu setiap pagi dan malam. So, maksudnye 2 gelas la dalam sehari. Dan juga pengambilan Folic Acid setiap hari, biasanya saya akan makan setiap pagi untuk setiap hari. Ini adalah persediaan bagi mereka yang bersedia dan merancang untuk hamil. Alhamdulillah!!! Setelah disahkan mengandung anak pertama, saya masih meneruskan pengambilan susu Anmum Materna dan supplement yang disarankan.


Susu Anmum Materna ni ade banyak perisa, sebelum ni ada perisa vanilla dan coklat, dan terbaru ade perisa mangga. Semua perisa saya dah try, tapi saya tetap sukakan perisa vanilla. Saya suka minum suam-suam panas, dan terus habiskan satu gelas. Alhamdulillah!! Tak ada masalah dalam bab nak minum susu ni.

Doktor ada pesan, susu ni agak manis. Jadi kurangkan dari 4 sudu ke 2 sudu sahaja. Tapi sebab saya sukat pekat (degil sebenarnya), jadinya saya tetap minum 4 sudu untuk satu gelas. Cumanya, saya memang banyakkan minum air masak/ air putih. So, it depends pada tubuh masing-masing ye. kalau manis sangat pon tak bagus, risau nanti dapat kencing manis pula. Alhamdulillah!! Sepanjang mengandung anak pertama, saya tak kena kena kencing manis dan tak disuruh minum air gula. Sebab tiap kali check-cup, HB dan gula semuanya ok ok. Weeeee!!!! Selamaaaaatttttt !!!

Yeayyy!!!



Thank you for reading this entry !


Wednesday, 25 February 2015

Madly in love with Instagram

Dah lupa la macam mana bole kenal dengan Instagram ni. Tapi seingat saya laa kan, masa tu saya ada iPad2. Hujung tahun 2011, suami hadiahkan iPad2. Thank you abang. Tak pasti la pula sempena birthday ke sempena pregnant. Heee!! Sebabnye kalu birthday bulan Oktober lagi. Ape pon terima kasih daun keladi, setiap tahun bagi la lagi ye sayanggg :)

Saya mula buka akaun Instagram melalui iPad2. Time tu, rase puas hati dah sangat bila snap gamba guna iPad2. Dan lagi puas hati bila boleh terus upload ke Instagram dan boleh pula terus link ke facebook. Indahnya dunia, terasa sangat semuanya dihujung jari. Memang sangat addicted la time tu, sebabnya saya ni memang suka sangat snap gambar then share.

Mase tu, tak de lagi smart phone. Pakai Nokia E5 je pon. Time hubby memula pakai blackberry, Tuhan je tahu jelesnya dalam hati ni. Tapi diam je la kan, kite tak mampu nak beli. My first smart phone is Samsung Galaxy II. Alhamdulillah!!!! Thank you abam sayaaammm !!

Makanya, from that time, happy sangat sebab dah boleh update Instagram from iPad2 or smart-phone. Ya Allah, boleh dikatakan satu hari tu ade lima-enam-tujuh-lapan gambar kot. I love pictures. I love snap pictures. I love to freeze the moments. And of course I love to share.

Hoho!! Welcome to my IG. Feel free to follow me @iydajuhar


So, mase tu juga lah dah mula slow dengan blogging nih. Blog pon dah jadi sawang. Sebab kat IG lagi cepat dan senang dan plus bole terus edit gamba kat situ. And lagi, boleh berinteraksi terus dengan friends sebab ade notifications from time to time. Cumanya, kat IG tu tak puas la kalau nak membebel panjang-panjang gini. Hiks!!!

Thanks to Instagram!!! You are my album photos bergerak sekarang :)


Tuesday, 24 February 2015

Khadijah nak dapat adik !

First time rasenye buat sharing tentang pregnancy. Dulu, mase mengandungkan Dija tak de mood nak update blog mane sangat. Actually, memang tak blogging pon. Blog dah macam sawang pon.

Alhamdulillah, a week after balik dari Sabah hari tu, saya try buat check-up sendiri dan hasilnya 'dua palang' kih kih. Terus inform ayahnya Khadijah. Mukanya merah padam je sebab control happy dengan lagak poyo. Hahahah!!

So, 24 Disember 2014 kami pergi buat official check-up di Klinik Pakar Wanita Chan. Alhamdulillah, doktor dah sahkan positif. Maka, bermula lah perjalanan sebagai ibu mengandung buat kali kedua. Alahaaaiii excited sangat.

Alhamdulillah! Thank you Allah.


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015