Tuesday, 26 March 2013

Selamat Hari Polis ke 206 !!

Hari Isnin bersamaan 25 March 2013 ialah Hari Polis Malaysia. Sebelum ni tak pernah tahu pon dan tak pernah amek tahu pon. Hahahhahah!!!

Tapi, semenjak menjadi isteri kepada suami tersayang yang bertugas sebagai salah seorang pegawai polis Malaysia maka "set by default" kena tahu la ape itu hari polis. Ye, begitu lah kisahnye.

Ini adalah kali ketiga saya menyambut Hari Polis Malaysia. Sejak pertama kali menemani suami, saya dah bertekad akan sentiasa menghadirkan diri untuk meraikan hari yang penting ini. At least, dalam banyak-banyak majlis, hari yang penting ini saye akan hadirkan diri. Salah satu tanda sokongan saya kepada suami terhadap kerjaya yang amat disayanginya.

Saya masih ingat lagi kata-katanya ketika pertama kali dia menerima tawaran sebagai pegawai polis "ini rezeki kita dan anal-anak". Walhal, ketika itu kami hanya tunangan. Alhamdulillah!! Rezeki, ajal dan maut, semuanya ditangan Allah.

Semalam, seawal pagi lagi bangun dari tidur. Dija pon bangun awal. Bagus Dija ni tak merengek pon bile kena mandi awal dan bersiap. Jam 7:30pagi kami sudah berada di perkarangan IPD. Majlis bermula seawal pagi. Sekali pikir kan, lecehnya nak kena bangun awal sangat dan kena bersiap. Tapi banyak kebaikannya bila dipikir balik. Suasana pon masih sejuk, anak kecik pon tak merengek dan majlis pon bole bersurai awal.

Alhamdulillah!! Sepanjang majlis tersebut semuanya berjalan lancar. Ok Ok!! Bole mingle each other, bole kenal kawan baru. Saya harap bole kenal ramai kawan baru. Saya nak jadi orang pahang. Heee. 


Siti Khadijah raikan Hari Polis buat pertama kali


Selamat Hari Polis, Ayah !! Please take a good care of urself for us. We love u so much!!


Thursday, 21 February 2013

Encik Google

ye.

semua tahu, tapi buat tak tahu.
semua pernah dengar, tapi buat-buat tak dengar.
ini sebabnya semua ade sindrom Malas.

actually, saye agak terkena sket ngan ape yang dikatan oleh Fynn Jamal (dia cikgu).
ye la, dalam dunia yang makin dan makin maju skang ni semuanya dihujung kuku. semua pon bole cari. semua pon bole refer. cari je kat dalam internet. dan tak nak je.

macam kes saye plak. saye tahu ape itu search engine. tapi mase belaja kat uitm dulu, saye tak kenal Encik Google, saye tahu Encik Yahoo je. so, kalu nak buat assignment situ la saye cari. entah bile saye jumpe ngan Encik Google ni. tapi seingat saye, boyfren saye la yang selalu akan bukak Google kalu pegi cybercafe. pastu mase kije dulu, ade sorang geng ni kalu saye tanye pape, dia akan cakap "cube ko google". tu je jawapan dia. so, sampai skang saye dah faham ape itu konsep 'search engine' dan google dah jadi antara first tab yang saye akan bukak setiap masa.

boleh dikatakan semua ade kat Google tu
-- taip ape yang kita nak cari
-- search
-- baca

penyakit saye satu lagi malas nak surf atau baca lama-lama. hahhahah. so, inshaallah, kite akan buang sket-sket ye yang negatip tuh. hohohooo

selamat berGoogle!!


Wednesday, 20 February 2013

ESP Shaklee untuk setiap hari

haluu.
actually dah lame saye mencari satu supplement dan berazam untuk amalkannya dari sekarang. yang penting bukan pil/tablet yang besar pastu kena telan. kihkih..sebab saye tak reti telan ubat. kalu berbentuk cecair bole, kalu vitamin C yang kemam tu pon bole, kalu berbentuk powder pon bole. believe it or not, ketika mengandung Dija, saye bole minum 2 gelas susu Anmum setiap hari. bagus kan?

now, umur pon dah makin meningkat. dan sudah menjadi seorang ibu. bagi saye supplement amatlah penting untuk kesihatan. tak tau la maybe orang lain amek supplement untuk cantik. bagi saye, cantik tu nombor dua la. yang penting sihat tubuh badan dan mental. heee

maka, oleh itu kebetulan sepupu saya, Farrah memperkenalkan saye dengan ESP Shaklee. dah lame tau brand ni tapi tak jumpe je. hahahha sebab malas nak cari. so, saye amek ESP Shaklee ni sebagai permulaan. ianya berbentuk powder jadi sesuai lah sangat dengan saye yang tak reti nak telan ubat ni. senang je caranye. 2 scope in the morning with orange juice, just mix it. shake and drink. senang lah. kalu sape yang cakap tak de mase tu memang tipu la sebab nak sehat, nak cantik kena la adekan mase tu kan. tak lame pon.






so, inilah dia ESP Shaklee yang saye minum tu. kalu nak beli bole la dapatkan harga yang menarik dari cousin saye ni, namanya Farrah atau bole pegi ke blognya Khayrazmom.

selamat mencuba ye kawan-kawan.
moh kite amalkan gaya hidup sihaaaaaaaaaaaaaaatttt !!!


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015