Wednesday, 14 June 2017

Kongsi Resepi

Assalamualaikum

Alhamdulillah cepat masa berlalu, Ramadhan sudah pun menghampiri 10 hari terakhir. Misi mencari malam Lailatulqadar. Inshaallah. Walaupun Ramadhan kali ini tidak dapat ditunaikan dengan sepenuhnya, saya sedang mencari apa yang boleh dimanfaatkan.

Sudah lama, saya berangan untuk berkongsi resepi di blog. Buat permulaan ini, mungkin tidak dapat sediakan gambar yang berkaitan dek kerana kurang mahir lagi ๐Ÿ˜… tambah lagi, saya update blog menggunakan ipad. Agak kurang selesa sebenarnya, sebab sudah terbiasa dengan laptop atau komputer. Saya lebih suka menggunakan 'mouse' berbanding 'swipe'. Agak kuno disitu, tapi itulah keselesaannya. 

Inshaallah saya akan cuba slowly untuk buat post tentang resepi. Tapi kalau dapat berkongsi tentang makanan atau destinasi tempat makan lagi best. Semua itu banyak saya kongsikan di Instagram. Ianya lebih cepat dan ringkas. Dan yang paling penting selesa untuk berinteraksi. Blog ni bagi saya, kadang-kadang lebih kepada macam bercakap sorang diri ๐Ÿ˜… Hahahaha




Sunday, 11 June 2017

Salam Ramadhan

 Assalamualaikum


Salam Ramadhan 2017. Alhamdulillah berjumpa sekali lagi untuk ramadhan kali ini. Cuma tahun ini agak berbeza sedikit daripada tahun-tahun sebelumnya ๐Ÿ˜… Bulan puasa kali ini kebetulan adalah bulan berpantang buat saya. Hahahahah. Sebulan kot kena ganti puasa nanti. Fuh!!!

Selamat menyambut bulan ramadhan buat semua umat islam sedunia. Bulan yang penuh berkat. Ramai yang berlumba-lumba merebut pahala, dek kerana nikmatnya yang berganda.

Dalam bulan ni juga, kebelakangan ini saya menerima beberapa berita sedih. Salah satunya tentang kematian, walaupun mereka ini semua bukanlah rakan yang rapat tapi tetap berkesan dihati. Salah seorangnya adalah blogger terkenal, Shea Rasol yang melawan kanser semenjak tahun lepas. Saya ada melewati blog, IG dan FB beliau, ramai yang memberi ucapan takziah dan mendoakan yang baik.   Orang yang baik, ramai yang ingat. Jasad yang pergi, budi yang ditinggal. Al-fatihah buat Shea semoga tenang disana.




Wednesday, 8 February 2017

Kerja admin untuk WAHM ??

Assalamualaikum.

Admin work untuk WAHM?? Perlu kah??
Ya ! Perlu ๐Ÿ’ช 
Pada mulanya saya fikir semua tu tak perlu, boleh disimpan dalam kepala saja. Tapi apabila transaksinya semakin hari semakin banyak, memang tak mampu nak tampung atau ingat semuanya. Saya pernah terbaca blog salah seorang SAHM yang mempunyai 4 orang anak. Setiap minggu dia akan catat jadual lauk/ apa yang akan dimasak untuk memudahkan kerja dan juga senang urusan dalam membeli lauk mentah. Terkejut kan??? Hebat dia. Katanya lagi walaupun tidak mengikut jadual itu 100% sekurang-kurangnya sudah ade perancangan dan tidak perlu untuk berfikir panjang setiap hari.

Inikan pula seorang WAHM yang bekerja dari rumah dan ditambahkan lagi menguruskan hal anak-anak juga penjagaan rumah. Bukan mudah untuk goyang kaki hahahah. Masa amat berharga dan perlu diurus dengan sebaiknya. Tambah lagi bagi ibu yang mempunyai anak-anak yang bersekolah dan dalam masa yang sama mempunyai anak yang kecil.

Uruskan anak ke sekolah, sediakan sarapan,hantar anak ke sekolah, uruskan anak kecil, masak untuk tengahari, ambil anak sekolah, uruskan makan, uruskan kerja rumah, kemas dapur, basuh baju, sidai, lipat baju, sediakan makan malam untuk suami dan anak, sediakan baju sekolah untuk hari seterusnya. Jadi, dimanakah nak selit untuk berniaga dari rumah dan membuat kerja admin????

Salah satu yang saya pelajari dari pengalaman yang lepas, kita tidak boleh samakan rutin harian kita dengan WAHM yang lain. Tak sama. Tips atau kisah boleh dibaca untuk dijadikan panduan namun tet tidak akan sama kehidupan kita dengan mereka yang lain. Ini kerana kita mempunyai "support system" yang berbeza. Maka, kita perlua sesuaikan mengikut keadaan kita. Anak-anak kita juga berbeza kerenah nya, suami kita juga berbeza profesion nya, kekuatan kita juga berbeza.

Jangan stress, ikot saja flow. Sentiasa meminta petunjuk dari Allah swt.






Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015