Wednesday 8 February 2017

Kerja admin untuk WAHM ??

Assalamualaikum.

Admin work untuk WAHM?? Perlu kah??
Ya ! Perlu ๐Ÿ’ช 
Pada mulanya saya fikir semua tu tak perlu, boleh disimpan dalam kepala saja. Tapi apabila transaksinya semakin hari semakin banyak, memang tak mampu nak tampung atau ingat semuanya. Saya pernah terbaca blog salah seorang SAHM yang mempunyai 4 orang anak. Setiap minggu dia akan catat jadual lauk/ apa yang akan dimasak untuk memudahkan kerja dan juga senang urusan dalam membeli lauk mentah. Terkejut kan??? Hebat dia. Katanya lagi walaupun tidak mengikut jadual itu 100% sekurang-kurangnya sudah ade perancangan dan tidak perlu untuk berfikir panjang setiap hari.

Inikan pula seorang WAHM yang bekerja dari rumah dan ditambahkan lagi menguruskan hal anak-anak juga penjagaan rumah. Bukan mudah untuk goyang kaki hahahah. Masa amat berharga dan perlu diurus dengan sebaiknya. Tambah lagi bagi ibu yang mempunyai anak-anak yang bersekolah dan dalam masa yang sama mempunyai anak yang kecil.

Uruskan anak ke sekolah, sediakan sarapan,hantar anak ke sekolah, uruskan anak kecil, masak untuk tengahari, ambil anak sekolah, uruskan makan, uruskan kerja rumah, kemas dapur, basuh baju, sidai, lipat baju, sediakan makan malam untuk suami dan anak, sediakan baju sekolah untuk hari seterusnya. Jadi, dimanakah nak selit untuk berniaga dari rumah dan membuat kerja admin????

Salah satu yang saya pelajari dari pengalaman yang lepas, kita tidak boleh samakan rutin harian kita dengan WAHM yang lain. Tak sama. Tips atau kisah boleh dibaca untuk dijadikan panduan namun tet tidak akan sama kehidupan kita dengan mereka yang lain. Ini kerana kita mempunyai "support system" yang berbeza. Maka, kita perlua sesuaikan mengikut keadaan kita. Anak-anak kita juga berbeza kerenah nya, suami kita juga berbeza profesion nya, kekuatan kita juga berbeza.

Jangan stress, ikot saja flow. Sentiasa meminta petunjuk dari Allah swt.






Tuesday 7 February 2017

Comeback??

Assalamualaikum

Dimulakan dengan  Bismillahirahhmanirahiim. Dengan Nama Allah yang pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Saya pon dah lupe bila kali terakhir saya buka blog ni. Blog-walking pon dah lama tak buat. Cuma bila perlukan sesuatu info, saya akan 'search' from google. Biasanya, automatik akan buka mana-mana blog yang berkaitan. Itu saja ๐Ÿ˜ฌ

Saya sering rindu untuk blogging balik, sebab saya suka buat sharing info dan gambar. Tapi memandangkan zaman sekarang ini, banyak benda yang perlu diambil kira. Maklumlah, zaman akhir zaman dah kan. 

Saya tak suka, blogging sekadar untuk puaskan hati orang lain. Sebab niat asal saya adalah untuk sharing dan memberi manfaat kepada semua. Walaupun adakalanya, penulisan kita berbentuk syok sendiri, asalkan ianya mempunyai info dan memberi manfaat, itu sudah cukup bagus. Walaubagaimanapun, saya tetap percaya yang gaya penulisan juga penting dalam menyampaikan mesej.

Saya berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amiin.




Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015