Saturday 28 May 2011

happy birthday 3D !!

hari ini saye dan famili menghadiri majlis hari jadi 3D !! these 3 cute kidos are my anak sepupu. anak kepada sepupu saya Kak Ina + Abang Joe. Kami dijemput untuk meraikan hari jadi 2D iaitu si kembar yang pada 11 Mei dan adik mereka Dhia pada Disember akan datang. Dan majlis ini juga untuk adalah majlis aqiqah untuk si Dhia. so, kire satu majlis untuk banyak tema la kan. dorang buat sekaligus.

Kak Ina, can say is one of my good sister. Seorang yang sangat positif dan kuat semangat. Kami saling "berbalas pantun" melalui email dikala office hour. Ha ha. Sebab kalu kat rumah, Kak Ina mana sempat dah nak bukak laptop. Sambil sharing ideas, luahan perasaan dan juga gossip untuk hilangkan mengantuk dan boring kat office. If Im not mistaken kami mula berhubung semasa saya masih bekerja di Comptel lagik. Lame tuh. Dan sampai la skang ni. Kalo ade email yang tak berbalas tuh, maka paham la ade yang cuti, mc dan sebagainya. Ha ha.

So, untuk majlis ini saya meminta kebenaran Kak Ina untuk membuat goodies bag sebanyak 100 kuantiti. Mulanya Kak Ina seakan menolak untuk tidak menyusahkan saya, tapi bila saye berkeras juga jadi dia pon izinkan. Saya bagi alasan saya nak cuba promo servis nih.

Maka, minggu lepas saya pon sebok la mencari gula-gula dan segala bahan untuk dibuat goodies bag. Apakan daya, kawasan yang didiami tuh agak terhad dengan barangan yang saya perlukan, jadi ianya sekadar ala-kadar sahaja. Suami saya sanggop sponsor semua barangan untuk goodies bag nih. Tenkiu sayang !!! Tambahan lagi, suami saya plak terlebih excited. Katanya, biar budak-budak hepi. So, semalam kami berdua sama-sama usahakan goodies bag yang pertama dan simple lah sangat dan memang berpatutan.

Rentetan dari itu, hinggalah timbul idea untuk saya ingin serius dalam hal ini andai ade permintaan. Maka, fan page kat fesbuk pon dah ade juga blog sudah tersedia cuma perlu lagi dikemaskini. Insyaallah ;)


untuk itu sile lah visit Delicious Goodies !!


Thursday 26 May 2011

English Course

English Course??

Ha ya. Im taking an English Course now at one of  the college here. Actually this is a short course and it have to be complete for 20 hours. You know what the fee for this is cheaper ever!! So, I have to take this opportunity rite? Ahaks. Hope I can finish it with excellent result and get a certificate.

Tonight is my second day attending the class. Im supposed update this last night but my verukband is so veruk. It so awesome. Im so impressed got a new friend. She ask me to call her Umi. She is 52 years old. But still got passion to learn English skill. Not bad ha.

Hope I can improve my English skill much more better.


;)


Monday 23 May 2011

explorasi dan adaptasi

salam. actually tak de la stuck mane pon, cuma agak busy tapi tak de la busy mane pon. maybe sebok ngah exploration and adaption. juggling and adjusting. biase la sebab saye ni kan seorang yang stubborn jadi amat memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru. management diri jugak ade lari. tapi alhamdulillah not really out of tune.

sedang sesuaikan diri bahawa saya sekarang adalah seorang isteri. so, tugas saya agak berbeza sekarang ini. tidaklah berat mana kalau kita kupas satu-persatu cuma indah itu perlu digali untuk dapatkannya.

cuba seboleh mungkin ingin menjadi seorang "pelajar" kembali. banyak yang ingin saya belajar. dulu, saya teringin nak belajar tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. jadi sekarang ini, Tuhan telah makbulkan hasrat saya yang dulu. sudah diberikan masa cuma sekarang harus mengatur langkah untuk mencari peluang belajar agar masa yang diberikan tidak dipersia. Insyaallah.

semakin hari membuatkan saye semakin bersyukur. saya mempunyai famili yang amat menyayangi saya. hidup ditemani suami tersayang juga bersama satu makhluk berbulu putih yang sangat "fabulous". jauh disudut hati mereka inilah yang banyak menyokong saya. terima kasih.

Insyaallah, dengan izin Tuhan semuanya akan terlaksana. aminn.


Sunday 15 May 2011

bodoh

bodoh.
not a good word rite?
these what I got from e-kamus, the meaning of bodoh.
  1. sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol
  2. bodoh alang agak bodoh
    bodoh sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak
    bodoh sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dan sebagainya orang lain
  3. membodohkan menjadikan bodoh, membiarkan bodoh
  4. menganggap bodoh
  5. mengakali, menipu
  6. kebodohan perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan

have mention this word?
and why did you mention it?
normally when you get angry with something? have you ever think before you mention it?
if this word dedicated wrongly, then it might hurt.
so, careful with your word.




notasaya : You can anything about me, but remember this word will hunt you till you down ;)




Wednesday 11 May 2011

bujang

bujang or single?
bujang tapi dah kawen?
single but not available?

actually dah lama nak buat entri berkenaan bujang ni. cuma sebelum agak kurang berani sebab belom nikah lagi. so, memandang sekarang saye sudah bergelar seorang isteri jadi bole saye menulisnya dengan lebih terbuka dan santai giteww.

so, lets start hu hu..


bujang? andartu? kertu? banyaknye label yang diberikan oleh masyarakat manusia ni kan. Tuhan tak de pon sebok nak keluarkan status tuh tapi pepandai plak masyarakat ni kan. biasenye mereke yang suka bagi label ni kat orang ialah mereka yang dah kawen dan juga mereka yang muda remaja tapi belom kawen. bagi orang yang dah kawen, dia fikir macam dia dah terselamat la kan untuk dapat gelaran tu so itu yang sedap mulot je. bagi orang yang usia muda dan belom kawen pulak, maybe dorang ni dah ade boyfriend. and even dorang ni tak de boyfriend pon dorang macam yakin akan kawen satu hari nati jadi sebab usia muda tak leh la nak dah dapat label andartu kan.

apabila orang tua-tua bercakap-cakap
"nape tak kawen lagi tu? memilih sangat la tu. jangan memilih sangat "

apabila orang yang sudah kawin dan dapat anak bercakap
"aku rase ko ni kena kawen cepat-cepat."
"nikah la wei. best woooo nikah."

apabila orang yang sudah kawin dan tiada halangan semasa nak kawin, bercakap
"korang ni kenapa complicated sangat, kawin je senang"

apabila orang yang sudah kawin dan semua perbelanjaan ditanggung keluarga, becakap
"ko ni jangan pikir panjang sangat, kawin je"

apabila orang yang belom kawin tapi dah ade boyfriend, bercakap
"nape dia emo semacam tu? teroknye. dia dah kawen ke belom? belom. patot la. meroyan la tuh"

well, amacam?? banyak kan situasinye apabila kalo jadi orang bujang yang umor ke 25tahun ke atas ni kan. such do a BIG CRIME !!

saye tak tahu la pada mereka yang bercakap tu ape yang mereka fikir. ingat orang bujang ni suka sangat ke nak jadi bujang? ha?? bukankah sudah menjadi fitrah yang ditentukan Allah s.w.t setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan. dan yang paling penting harus diingat Jodoh, Ajal dan Maut semuanya ditangan Allah s.w.t. sudah lupe agaknye yer?

saya secara jujur, paling tak suke setiap kali mendengar komen-komen di atas. sebelum dan selepas menikah pon saye masih tak suka dengan statement pasal orang bujang nih. haallllooooo !!! sape tak nak ade teman dan sentiase didampingin orang yang kita sayang. tapi itu semua bukan mudah. dan harus diingat jalan kite semua tak sama ok.

nikah. bukan lah penutup cerita tapi pembuka cerita kepada satu ceritera yang baru yang lebih mencabar. suami, adalah ketua kelaurga juga imam dan isteri, adalah ketua roh keluarga yang membentuk imej kelurga. nikah adalah perkongsian hidup dan penyatuan dua kelaurga. jangan ingat bila dah nikah takkan ade masalah lagi ye. andai tiada kekuatan iman, mungkin bole tumbang.

couple. korang ingat korang dah ade couple tu korang akan nikah la yer. belom tentu lagi dek non oiii. so, jangan dok galak sangat. tak de untungnye couple ni sebab dalam islam pon tak de cakap menda ni. tapi inilah trend. kalu dah couple tu jalan mesti nak kena pegang tangan kan, tak bole larang dah. kalu nasihat sket pon dah muncung. silap haribulan kite ni dilawan balik. tapi itu dah nambahkan dosa. ade korang ingat? mane nak ingat, sebab dunia kami yang punya. haihhhhh. pastu kalu time gaduh, sakit hati, nangis, tak mo makan minum. silap2 ganggu pelajaran dan mood kerja. ape untungnya? kalo macam ni baik single kan, tak de pon sakit hati.

oleh itu, jangan la suka hati nak labelkan orang. just mind ur business ok.

ok. so untuk yang single mingle ni plak. kalu nak cari pasangan pon berpada-pada la. jangan sampai porak-perandakan hubungan orang. tak kira la kalu orang tu dah tunang atau pon dah nikah, even hanya couple saja pon. jangan la begitu, tak elok. ko pergi bertarung macam-mana pon kalu dah bukan jodoh kau tak kan jadi jugak. tapi kalu dari awal lagi niat dan jalan dah salah, macam mane hubungan tu nak elok. simple kan?

ok la. bagi saye semua ni balance. oleh kerana perangai mereka yang single makin haprak nih la buat orang selalu pikir bukan-bukan. tapi tak semua orang yang single macam tu.

nasihat saye kepada orang yang single, jangan fikirkan sangat pasal nikah tu ye sebab mulot orang ni kite memang tak leh nak tutup sampai bile pon. ingatlah, anda adalah insan terpilih oleh Allah s.w.t sebab anda masih bebas dan todak terikat, jadi boleh jaga ibu bapa, bole banyak bekerja, bole banyakkan ibadat pada Allah s.w.t dan pastinya bole explore islam dengan lebih dekat. andai Tuhan sudah sediakan jodoh buat anda, Insyaallah ianya pasti yang terbaik. jangan dikejar jodoh itu, elok lagi kalu kejar cinta Allah.

good things come to those who wait.



notasaya : maaf andai entri diatas ade mengguris sesiapa yang membaca. ianya sekadar pendapat dari saya.


Saturday 7 May 2011

tempat letaknya syurga saya


 imam

mama




Tuesday 3 May 2011

pengajaran atau bukan rezeki saya

 after jual-beli selesai- 2008

last moment - 2010

saya rindukan kamera dslr saya :(
semua yang kenal saya pasti tahu betapa amat saya sayangkan kamera ni.
sebenarnye saya tak mampu nak beli kamera ni tapi suami (pada ketika itu boyfren) yang hadiahkan
dia tahu saya amat sukakan kamera ni, jadi dia belikan
saya ingat lagi, katanya sebab pada ketika itu dia tiada dekat dengan saya jadi biarlah ade kamera agar saya tak sunyi. macam-macam cerita disebalik kamera ni. kalo gadoh je mesti dia mintak balik. saya plak takkan pernah bagi. ha ha. biase la sama-sama keras kepala.

maybe musibah ini adalah pengajaran besar buat saya dan hikmah besar disebaliknya

hari tu. pada tarikh 4 disember 2011. pulang awal dari ofis. awal dari biase sebab mahu jumpe seorang kawan. ari itu hari lahirnya jadi mahu makan-makan. saya belanja. parking keta depan kedai. terlupa, ditinggalkan kamera dalam kereta seat depan. makan sambil borak, nampak kereta ade disitu. ketika sedang makan, secara tak sengaja saya menemui sesuatu yang amat "private" dicuri dalam diam dari saya tanpa kebenaran dan pengetahuan saya. selain saya amat marah dan bodoh juga sangat memalukan. apa tidaknya, orang yang selama ini kita anggap kenal dan baik hati bole melakukan benda bodoh macam tu. nafsu syaitan durjana. saya amat benci. terus bertukar pandangan saya terhadap dirinya pada ketika itu. sedih. saya ditipu. saya diam dan terus diam saja. Subhanallah!!!

siap makan. saya terus menuju ke kereta. pelik. alarm bunyi dengan tiba-tiba. tapi oleh kerana amat marah, saya terus saja pulang even diminta untuk tunggu seketika. saya ingat lagi, buat muka kasihan konon. I wont believe you anymore. saye pulang, solat. diam saja. lepas azan isyak baru la saye teringatkan kamera saya. terus saya lari keluar rumah mencari ke dalam keta. tiada. sah!! hilang!! saya meraung bagai gila dan menagis teresak-esak. call suami saya (pada ketika itu tunang), tapi dileter pula. ini kerana saya amat cuai even sudah banyak kali diingatkan supaya hati-hati. 

laporan polis dibuat. tapi apalah sangat. polis banyak lagi kije lain nak buat daripada mencari kamera saya yang hilang.

saya inform pada kawan tersebut yang kamera saya hilang. dia tanya samada mahu digantikan atau tidak. huh!! saya diam. tak mau percaya lagi pada cakap-cakap kosong. seminggu selepas kejadian pernah dia inform saya, dia akan gantikan kamera tapi kena tunggu seminggu dulu. saya hanya diam. wait and see. selpeas itu dia ada inform lagi, mungkin permohonannya tak berjaya untuk membeli kamera secara ansuran. kan saya dah cakap, itu harapan kosong.

memang saya amat terkilan. dan musibah ini amat menyedihkan. rahsia ini agak berjaya dismpan oleh saya dan angah. namun begitu, saya amat bersyukur dengan hikmah yang diberikan Tuhan kerna saya sudah tahu siapa dia yang sebenar. dan hingga begitu sekali dia mengambil kesempatan ke atas saya. banyak hari bersedih dan termenung. namun, inilah kebenaran yang harus saya terima.

maaf, entri ini bukan bermaksud mahu salahkan siapa-siapa atau aibkan. cuma amat terkilan bila teringatkan tentang kehillangan kamera tersebut. saya berjanji dengan diri saya, insyaallah kija diizinkan Tuhan saya akan beli kamera dengan duit saya sendiri.

notatangan : ingatlah setiap musibah pasti akan disusuli dengan hikmah. Tq Allah ;)



Monday 2 May 2011

jantung saya

salam.

saya ingin buat pengakuan, saya sekarang tidak sehat. dah lama. bole dikatakan selepas 12 March 2011. bermula dengan demam. tubuh seram sejuk. kadang ok kadang tak ok. kadang lemah sangat hingga tak ada tenaga cuma daya yang ada bantu menggerakkan tubuh. selepas demam, saya dapat selsema. berkali-kali dan ulang alik ke klinik namun belom juga kembali normal. salah seorang doktor mengesahkan saya mendapat sinus. so, dia bagi spray hidung. lama-lama masih juga sama. jumpa doktor lain, katanya tonsil pula.

pada ketika ini, saya bagaikan tiada suara. batok yang berterusan. perit di tekak makin pedih. tido tak pernah lena. dan sekarang ini pula, saya muntah. sakitnya ulu hati saya.

pada malam ni, saya terfikir. dah sebulan lebih saya sakit. saya tak pernah sakit begini lama. saya terima ujian Allah s.w.t untuk saya. cuma saya berdoa agar Allah kuatkan semangat saya menghadapi dugaan ini. hingga kadang saya terfikir, adakah usia saya makin singkat? alamak. saya belom lagi langsiakan solat sunat taubat dengan sepenuhnya. hutang pon banyak lagi tak langsai, hutang keta, hutang PTPTN dan hutang maaf sesama manusia. makin hari tubuh saya makin letih tapi saya tak mau peduli hingga hari ini baru saya terasa nak peduli.

                                                                                               




Jasad tanpa jantung tidak akan bergerak...
 dan inilah jantung saya..nyawa saya..
semoga kasih sayang dan cinta ini Allah pinjamkannya sampai ke syurga
aminnnn


selamat ulang tahun ABAH !!!

1 Mei 2011 semua orang cuti sebab sambut hari lahir abah saya ;p
Hikssss.

abah hepi sebab bole pegang pedang..he he

abah on my big day ;)

selamat hari tua abah !!
ha ha hahahah.. hehhehe
semoga dipanjangkan usia abah
dan disehatkan tubuh badan juga minda untuk terus beribadat kepada Allah s.w.t
semoga abah sentiasa dimurahkan rezeki dunia akhirat
aminn



notatangan : untuk tahun ini saya agak terkilan tidak dapat sambut hari lahir abah bersama famili even mama dan abah datang ke KL namun saya berada di Pahang :(


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015